Saturday, December 8, 2012

resepi telur bistik

assalamualaikum wbt...

benda ni sebenarnya da lama da aku buat,,simpan lam lappy pon da lama gak..tapi nak wat cane,,,apabila KEMALASAN untuk menulis resepi itu datang....aku xboleh buat apa2..haha

anyway resepi ni aku dapat kat tenet..ntah belog mana tah aku cilok  copy resepi tapi sebab masa da buat tu aku banyak memandai2 sendirik so kiranya boleh claim as resepi sendirik la kan??huahuahua...(gelak jahat)..

as usual mama always tinggalkan aku kat rumah bila time cuti sem masa beliau nak gi keje..with high expectation beliau suh aku masak sendirik lunch aku sebab mama hanya akan pulang after 5pm...eleh,,keje senang je tu..tinggal  skang tahap kerajinan and ke mood an aku je nak masak kol bape and masakan tu kelevel an mana...hahahaha

tapi skang ni aku nak kongsi resepi yang mudah jela...sebab masa tu aku lambat kuarkan lauk lam freezer and masa tu lak aku da tahap kebuluran melampau so bukak laptop tengok resepi then ubahsuai ikut kesukaan hati aku..heh,,

oke2..stop with the bubbling non-stop sebab korang click sini nak tengok resepi bukan nak engok aku dok potpet..haha

resepi telur bistik mmmuuaaaahhh!!


bahan bahan (max 2 person)


  • telur ayam 1 biji (gred A baru boleh makan banyak sket )
  • daging ayam/ lembu kisar  (alah,,mahal sangat nak beli kat kedai..potong2 sendirik je ayam ke daging kat freezer tuu)
  • udang ke sotong ke (optional yer..kalu ada lam peti ais tu taruk je lam ni)
  • sayur campur (kalu ase2 xmakan sayur xyah buh la sebab membaziaq aja)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk) (saiz sedang2 je)
  • 3 cili padi (hiris/tumbuk )(kalu nak pedas la..kalu nak manis xyah letak tapi letak lada hidup)
  • 2 ulas bawang merah india (dimayang) (kalu nak bawang merah besar pon boleh tapi potong wedges)
  • sos cili and tomato 
  •  sos tiram 
  • garam + gula (benda ni basic kot..xyah tulis pon xpa asenye,,haha)
  • tepung jagung / gandum
  • tomato sebijik (penting tao baru ase masam2 skit.bia la xmakan pon..tapi kalu xde xpe..)
  • haa..satu lagi kebetulan aku nampak kacang panjang lam chiller so aku buh je..sedap!
cara cara 
  • mula mula pecahkan telur lam mangkuk hayun and wat macam telur dadar
  • pastu korang boleh buh daging kisar or cincang or whatever u name it lam telur tu sendiri ataupun nak masukkan masa nak wat tumisan tu..tapi kalu nak masukkan lam telur kenala pastikan daging tu betul2 kecik sebab nanti kang xmasak plak
  • pastu goreng telur tu cam telur dadar biasa..kalu boleh bawang2 bagai xyah masukkn lagi..sebab nanti kita nak masukkan gak lam tumisan tu..tapi kalu dah suka sangat ngan bawang xkisah..ikut kreativiti masing2 keh??(same as chilli)
  • da nampak garing tu angkat and letak lam pinggan asing...pastu pakai minyak yang sama tumiskan bawang putih, lada and lauk mentah.
  • masukkan garam,gula atau pasti sedap ke cukup rasa yang kedai jual tu..haha
  • da naik bau dia pastu buh sayur2 (kalau ada la)
  • masukkan sos tiram,sos cili and sos tomato
  • then masukkan telur yang digoreng tadi kedalam kuali
  • kacau2 biar rata tapi jangan sampai telur tu pecah2 la..
  • topupkan sos cili atau tomato bia bagi dia nampak lagi pekat
  • buh tomato lam kuali
  • tumisan dia sebenarnya cair lagi tu..so tu lah gunanya tepung.
  • masukkan tepung sikit. dalam sesudu teh ke bia bagi nampak lagi pekat kuahnya..
  • pastu siap n bolehla hidangkan!!


sori la sebab amek gambar pon pakai kamera 2MP je..tu je quality terbaik kamera tu boleh bagi..hikhikhik..so korang sume bolehla try2 kat umah or asrama..xsusah pon..senang sangat!mula2 je nampak leceh,,after that pejam mata pon boleh siap..haha
hidangan ni sesuai sangat2 untuk sape2 yang rasa cam malas nak masak susah2 or banyak sebab lam telur bistik ni nama je nak apa,,ada sumanya. sayur,telur,daging...cukup lengkap..haha


p/s : telur bistik buatanku selalunya rasa masam manis..masam sebab tomato and manis sebab sos cili and rasa telur and daging plus udang yang dicampur rata..=)..satu tips untuk lagi sedap,,jangan masak terlampau lama tumisan tu sebab nanti telur dadar akan terendam lama membuatkan telur tu jadi lembik xgaring..xbape sedapla jadinya,,buat cepat2..janji masak sumanya..=)))..slamat mentry di rumah masing2..as usual..ada apa2 pertanyaan,,chatbox or komen2..




Wednesday, November 7, 2012

alkisah serikandi islam,,Zinnirah


Assalamualaikum wbt..,,

Tadi aku join satu majlis usrah yang kawan aku buat..pastu dia sentuh pasal  kisah Zinnirah al Mumtahanah….aku xpernah dengar pon kisah dia sebelum ni...kali pertama masa murabbi aku cerita,,aku rasa sayu sangat,,kagum ngan semangat Zinnirah...bila pikir balik aku rasa malu,,malu sangat2!!sedangkan pada zaman dahulu yang mana untuk mengamalkan ajaran Islam punyalah susah,,siap kena seksa..dera lagi..tapi kita??maybe korang x,,tapi aku ni,,mengaji al Quran pun ikut main sempat main mood je..bukan niat nak bukak aib sendiri tapi iulah kenyataan nya..aku macam ditusuk pedang yang tajam  bila dengar kisah ni..terasa gila kot!! Bagi sesape yang belum mengenali salah sorang Ahli Syurga ni,,,aku ada amek ayat dari tenet untuk korang baca siapa itu ZINNIRAH AL MUMTAHANAH..

#optional choice : boleh pasang lagu ni kalu nak lebih feel..=)



Zinnirah menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitu semasa baginda S.A.W berdakwah secara sembunyi-sembunyi di kalangan rakan karib baginda. Dalam sejarah Islam, golongan yang pertama memeluk Islam inilah yang banyak menerima ujian daripada Allah

Zinnirah adalah seorang gadis yang berasal dari Rome. Kehidupan keluarganya sangat miskin dan dalam keadaan serba kekurangan. Ketika berlaku satu peperangan besar di Rome, Zinnirah terpisah daripada keluarganya lalu menjadi tawanan perang. Sejak itu dia dijual sebagai hamba dan sering bertukar tangan. Sepanjang menjadi hamba abdi, Zinnirah dilayan dengan kasar dan adakalanya diperlakukan seperti binatang oleh tuannya.

Suatu hari Zinnirah berkenalan dengan seorang hamba yang senasib dengannya. Perkenalan itu akhirnya membawa Nur Islam dalam diri Zinnirah kerana hamba itu menerangkan ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah. Penerangan yang tulus itu membuka hati Zinnirah untuk memeluk Islam. Namun, dia terpaksa melakukan ibadat secara rahsia kerana tuannya memusuhi Islam.

Nasibnya lebih malang apabila dia bertukar tangan kepada bangsawan Quraisy yang sangat berpengaruh masa itu, Umar Al-Khattab. Ketika itu, Umar belum memeluk Islam dan juga tidak mengetahui keIslaman Zinnirah. Umar yang sangat memusuhi Rasulullah terkenal dengan bengis dan kasarnya sehingga digeruni, baik lawan maupun kawan. Akhirnya, Umar mengetahui mengenai keIslaman Zinnirah apabila suatu hari dia mendengar gadis itu membaca al-Quran. Ini menimbulkan kemarahan Umar yang mahu menghukumnya dengan siksaan berat.

"Tahukah kamu apa hukuman yang layak untukmu?" Tanya Umar keras dengan wajah bak singa sambil mengheret Zinnirah ke tengah padang pasir. Di situ, Umar mengikat kaki dan tangan Zinnirah dan menjemurnya di tengah panas terik. "Inilah caranya supaya kamu insaf," katanya lalu meninggalkan Zinnirah di situ. Walaupun mukanya perit dipanah matahari dan kehausan, Zinnirah tabah menghadapi penderitaan itu sambil mulutnya tidak berhenti membisikkan Allah.. Allah...

Apabila melihat hamba abdinya belum insaf, Umar menyeretnya ke pinggir kota dan mengikatnya di tiang. Dia menyuruh orang mengorek mata Zinnirah sehingga buta (ada juga sumber menceritakan dicucuk dengan besi panas). "Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurga aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan." Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah S.W.T ketika bermunajat kepada Allah di setiap malam sebagai penawar jiwa di atas segala kesusahan yang dia hadapi. Pengorbanan Zinnirah mendapat cercaan kaum musyrikin Mekah. Pelbagai cacian dilemparkan kepadanya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana dilaknat oleh tuhan Latta dan Uzza. Mereka mencabarnya kerana Zinnirah mempertahankan diri dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, sebaliknya ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkan ianya berlaku.

Penderitaannya itu akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar as-Siddiq yang membeli Zinnirah dengan harga tinggi. Sejak itu, dia tekun beribadat dan dengan kurnia Allah, kedua-dua matanya yang buta itu bercahaya semula. Peristiwa yang mengagumkan ini menyebabkan ramai orang Quraisy memeluk Islam..

Kita sering dengar tentang kisah Bilal Bin Rabah,,,seorang muslim yang menerima nasib yang hampir sama,,tapi ni seorang MUSLIMAT! Betapa besarnya pengorabanan yang dilakukan beliau untuk mepertahankan Islam...tapi kita sekarang ni??xde sape pon datang nak dera2 ke buat camtu kat kita,,masih lagi kita MALAS untuk berjuang?astaghfirullah….

p/s : thanks sahabatku Nur Azura sebab xputus asa selalu ajak aku g majlis ilmu...hanya dia yang tao betapa susah nak heret aku ni..hehehe….semoga kau sentiasa di bawah limpahan nikmat kurniaNya..aku doakan semoga kau sentiasa dibwah keberkatan Illahi.. =)

Anyway,,,ada satu lagi kisah menarik..tapi kat post lain aku akan citer...panjang sangat takot korang boring lak baca..hehe  

Wednesday, October 24, 2012

forum cinta...lagi?

assalamualaikum wbt..

itu hari masa aku tengah rileks2 sambil kemas barang2 sikit untuk kelas petang,,,rumet aku tetiba dia cakap something yang dah 3x aku dengar ungkapan yang hampir sama...''kenapa selalu kalu kat U mesti ada forum cinta?" maksud dia,,cinta pasal kekasih perempuan dan lelaki la...

aku tersenyum jaa bila dengar dia cakap sebab to be truth aku memang da lama persoalkan benda tu lam hati. sama ada korang perasan atau pun x...hampir setiap forum atau majlis2 ilmu yang diadakan sekitar kampus berkait sal tajuk yang sama...iatu CINTA..

aku dan rumet assume trend ni maybe sebab kita sekarang sedang remaja.orang tua2 cakap darah muda tengah naik...masa ni lah kalu nak mengajar ilmu tentang cinta...

maka pabila student2 nampak pamphlet atau iklan pasal forum2 ni mereka akan menyerbu ke forum berkenaan..dan konklusinya,,,COUPLE ITU HARAM SEBELUM BERNIKAH....semua forum cinta akan selitkan konklusi itu pada akhir setiap 2 jam penceramah bagi ulasan...betul x??

maaf kalu aku silap berkata kata sebab jujur,,aku bukanlah kaki majlis ilmu..(ye aku silap disitu..hehe)..
xsemestinya ko nak dapat ilmu ko mesti pergi majlis ilmu..kadang boleh je tengok versi rakaman..

anyway..aku rasa trend tu patutlah diperlahankan sikit..bukan apa..ye aku faham gejolak jiwa remaja skang yang perlukan bimbingan dari lakukan benda2 maksiat seperti tu tapi...kesimpulan tetap sama...ko pergilah mana2 majlis ilmu yang bincang kan suatu hal seperti ini,,syarat dia masih sama...bukankah itu satu perkara yang memboringkan?

so pada sape2 yang bercadang nak anjurkan majlis ilmu atau forum2 ataupun konvensyen,,,biarlah tema anda tu lari sikit dari CINTA...boleh kalu nak,,,tapi mention terus ngan perkataan yang berhubung dengan ILLAHI...xpon,,buat satu tajuk baru yang segar,,yang orang xfikir lagi pon..tapi masih dalam jalur2 agama dan niat yang satu,,which is,,untuk sedarkan diri sendiri dan jugak orang lain tentang kepentingan hidup berlandaskan islam...

p/s : sori aku nak cakap benda lain tapi lain yang ditulis...tpi makud dia masih sama...fikiran tengah xbetul skang...papepun,,semoga dapat manfaat...wallahualam..

Wednesday, September 26, 2012

zzz......

assalamualaikum wbt...

well,,aku tao baru je semalam aku post kunun2 xmo post da wat sementara waktu ni..kunun2 nak break jap since this is tahun yang paling memeritkan buat aku...so ingat nak wat comeback after  along break ke apa..tup2 nahh ko...xsampai 24 jam terus posting da...bukan apa...aku memang da xtahan sangat dah ni...nak tulis sangat2 ni....hahaha

anyway...
      

                       


adakah andA semua turut merasai pengalaman seperti aku????jika YA,,,maka kita adalah...SERUPA...hahaha (perlukah aku ketawa?)

ya Allah...aku xtaola...banyak2 tempat atas muka bumi ni,,selain dari atas katil,,,lam kelas gak tempat yang paling syok aku tido...

nak cakap aku kurang tido,,,nape asal tepat masa habis,,mata aku elok jer jadik segar balik???kenapa?why?wei?kyu??


                         

mungkin salah satu sebab dia bagi aku kelas tu boring sangat kot....
tapi memang...aku memang jenis yang xsuka klas yang amalkan komunikasi sehala ni...automatik mulut aku akan terbukak n tertutup...hahahaha...(tadi da kantoi ngan lecturer...)

xkisahla klas tu klakar tahap gelanggang maharaja lawak sekalipon....(teruknyer aku ni...=..=')

paling aku suka bila klas yang mana2 cikgu skalipon dia cam sedar kewujudan kami dihadapan dia...yaaa...tu diaa...
maksud aku,,cikgu amalkan komunikasi dua hala..bila terangkan atau ajar something...why not kalu wat soal jawab skali??ngan cara tu,,kita pon dapat revise balik apa yang da belaja and at the same time,,kita sentiasa alert lam klas...(yelar..lecturer ada dok slalu tanya student...mana maunye nak tido)

tapi tu la..setiap orang xsama...ada je yang rajin boleh control..ntah2 aku je ada masalah camni...hehe....

tapi papepon!!!! aku gugel2 tadi cara nak kawal mengantok lam klas n aku listkan kat bawah ni..=))))...tengokla2...pastu korang apply lam klas plak...lalalala


  • bawak tidbits. pastu bila ase ngantok je terus ngap!!xpon gula2 biasa pon boleh...pastikan sentiasa ada lam beg la..senang sikit time2 'kecemasan'..haha..tapi jangan pulak ko kunyah depan cikgu tu...cam xde adab je...agak2 la bila masa nak kunyah..kalu boleh jangan bagi pensyarah nampak kita..=)
  • pastu jangan lupa bawak air masak atau mineral...bila rasa nak menguap,,,deguk je air depan mata...mata akan segar kembali..=)
  • baawak sapu tangan. bila ase ngantok jer,,kuar jap dewan kuliah ke klas ke g tandas pastu basuh muka....lagi bagus kalu tempat korang ada mesin air yang ada tempat panas dan sejuk tu..haaa...amek ae sejuk tu basuh muka...segar sangat!!pastu gunala sapu tangan lap2 muka tu..=)
  • kadang2 kita lenguh kalu sejam dok atas bangku je kan??(aku xsampai sejam pon da naik lenguh daa) korang g kuar klas jugak,,pastu carik mana2 tempat tersorok sikit pastu wat regangan badan sikit..lompat2 ke...pastu masok klas balik..(ni aku wat sendirik.haha)
  • pastukan..kalu korang xnak ngantok,,korang sebenarnya boleh apply stail ni...sebelum masok klas,,, korang scan dulu apa topik yang lecturer akan ajar pasni...ngan cara ni,,korang segar la skit lam klas sebab at leat korang da tao basics dia..tunggu nak lecturer terangkan jer...=)
done!

thanks for reading this...=)





Tuesday, September 25, 2012

berehat sebentar bersama kit kat!

assalamualaikum wbt...

main lagu ni sambil skroll kat bawah..lagi syiok kalu line tengah laju. haha..

hanya Allah swt yang tahu betapa rindu n giannya aku nak menaip,,,nak luahkan semua lam ruangan ni....almost everyday aku singgah sini n try cari peluang nak taip tapi masa tu memang xpernah cukup...

kali ni aku nak taip kejap je n..just to say that im gonna have a rest from blogging for a while....sem ni terlampau bizi...mana nak kejar kuliah lagi...penolong ketua aras (which is ketua zon nama dia) lagi...n now plak,,aku da wat part time job skit2....so masa memang xde nak bercorat coret bagai n....skang ni aku mintak ngan kawan2 semua yang sudi jengah,,sudi baca,,rajin terjah blog ni..supaya sabaq n beri aku masa sikit lagi...xlama pon..pling lama pon staon..insyaallah..

.aku xkan tutup ruangan ni...ni dunia aku...ni sayang aku...banyak lagi benda aku nak post lam ni...resepi..kata2 motivasi...tapi sbelum tu aku kena kejar dulu yang wajib....




k la...jaga diri..nak cakap apa2 ke response ke,,,inbox chat je..xpon komen...aku baca ngan hati senang..=)..
thanks for reading this..

Wednesday, August 29, 2012

masalah,,penyakit,,---> hati

assalamualaikum wbt...

pernah x bila kita tengok someone..kita akan cakap.."she/ he is better than me..i have nothing..'' pastu kita akan cakap plak "untungla kaya,,cantik/smart,pandai lagi...perfect nye dia...kenapa aku xcamtu r??'' 

tipulah kalu aku cakap aku xpernah fikir camtu... tapi tanpa kita sedar iblis da tanamkan lam hati kita 2 penyakit berbahaya which is rasa iri hati dan dengki. yang mana penyakit ni lah yang akan memusnahkan kebaikan, menghancurkan amal soleh kita selama ni...xguna kita solat 5 waktu puase xpnah tinggal..tapi once kalu kita terkena penyakit ni...wallahualam... 

kat sini aku nak berkongsi sebuah cerita yang mana mungkin akan menyentuh hati korang or buat korang nangis (because i've already had it)...kisah ni berlaku zaman Rasulullah saw..

dari Anas bin Malik ra. berkata, "saat itu kami sedang duduk2 bersama Rasulullah saw, lalu baginda bersabda, "akan datang seorang penghuni syurga dari arah ini kepada kalian.'' maka datanglah seorang sahabat Ansar dengan janggutnya yang basah kerana berwuduk. sambil membawa sandalnya dengan tangan kiri, dia mengucapkan salam.

keesokan harinya, Rasulullah saw menyampaikan hal yang sama dan ternyata orang yang sama juga melaluinya. sehinggalah pada hari ketiga,,benda yang sama juga berlaku..

ketika Baginda beransur pulang, Abdullah bin Amr bin Ash ra. mendekati orang Ansar tersebut  sambil berkata, "aku bertengkar dengan ayahku, dan bersumpah tidak akan pulang selama 3 hari. jika engkau tidak kebereatan, izinkan aku tinggal dirumahmu selama 3 hari?'' orang itu menjawab, ''silakan saja, tidak ada apa2''

Anas berkata, ''kemudian Abdullah bin Amr bin Ash ra tinggal di rumah orang itu selama 3 hari. akan tetapi,dia xpernah menemuinya bangun malam untuk menunaikan solat tahajjud, kecuali bahawa jika dia terbangun atau membalikkan badannya di tempat tidur dia menyebut Asma Allah dan bertakbir. begitulah seterusnya hingga datang waktu solat subuh. akan tetapi orang tidak pernah berucap kecuali perkataan yang baik. 

Abdullah bin Amr berkata, ''setelah 3 hari berlalu aku merasa amal ibadahnya biasa2 sahaja. lalu aku berbicara kepadanya, wahai Abdullah, sesungguhnya aku xpernah bertengkar dengan ayahku, akan tetapi aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda, '' akan datang seorang penghuni syurga kepada kalian'' sebanyak 3 kali dan sebanyak itulah kamu muncul dihadapan kami setelah baginda menyampaikan sabdanya. maka aku ingin tinggal bersamamu untuk mengetahui apakah amalan yang kamu lakukan dan ternyata kamu tidak melakukan apa2. sebenarnya amal apakah yang membuatkan kamu ampai ke darjat agung itu?'' 

orang itu menjawab, ''tiada apa yang aku rahsiakan. apa yang kamu lihat itulah yang aku lakukan''

Abdullah bin Amr segera beransur pulang, tiba2 orang tersebut memanggilnya seraya berkata, '' yang aku lakukan adalah apa yang engkau lihat, hanya saja aku xpernah merasa iri hati terhadap nikmat yang telah diterima oleh seorang muslim pun.''

Abdullah bin Amr berkata ''itulah yang mengangkat darjatmu dan itulah yang paling sukar dilakukan''

HR. ahmad (3/166)

seseorang yang didalam hatinya wujud peyakit ini, tidak akn merasa ketenangan. saat orang lain sibuk mengejar akhirat, dia aknsibuk menyoal dirinya bagaimana dirinya boleh mendapat nikmat yang sama atau lebih dari orang lain yang mempunyai kekayaan, kecantikan, kenamaan..sehigga dia menghabiskan waktunya untuk mengintai kegiatan orang lain...

setiap penyakit ada ubatnya selain daripada mati...ubat yang paling mujarab untuk penyakit ini ialah selalu menjaga solat berjemaah dan berzikir padaNya..solat dan zikir adalah yang paling utama. 

perlu diketahui bahawa proses pegubatan ini memerlukan masa yang cukup panjangtapi janganlah kita ragu dan putus asa. berdoalah dengan penuh khusyuk dan tunduk..

disini ada satu ayat yang aku sertakan untuk kita semua amalkan..

''dan janganlah engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang2 yang beriman. wahai Tuhan kami! sesungguhnya Engkau amat melimpah belas kasihan dan rahmatmu''

(al hasyr 59 :10)

aku mintak maaf kalu maksud yang salah atau xbagi ayat Quran...its better korang cari lam Quran yang betul then cari lam tenet ni..at least kita yakin lam makalah yang sering dibaca daripada copy paste dari laman yang ntah betul atau pun x.

cara ini telah dicuba banyak orang yang ditimpa penyaki ni dan Alhamdulillah mereka merasakan perubahan yang nyata....

p/s : aku hanya berkongsi sebuah kisah yang dipetik dari sebuah novel yang bertajuk TRAVELOG IMAN SEORANG DOKTOR....semoga kita semua mendapat manfaat darinya...aku xminta apa2..cuma jika ada yang mengamalkan,,Alhamdulillah,,aku juga dapat saham pahalanya..amin..

Sunday, August 26, 2012

Resepi Kek Batik Maveles!


Assalamualaikum wbt..
Kali ni aku nak berkongsi resepi kek batik buatan mak inang adek aku yang sangat ringkas tapi rasa dia…..uuummmmmm aaahhhhhh!!!! Tetibe nak wat cam iklan PREGO kat tibi tu….mammaa miiiaa!..hahaha…..
Resepi kek batik yang ni x de bahan tambahan lain such as nestum2 bagai…xdenye.. sebab yang ni kampong punyer resepi and honestly aku jauh lebih suka camni dari resepi yang slalu aku usha lam tenet yang suka buh bahan2 merepek bagi aku…huahuahua…(evil punyer gelak )
Oke,,,dipendekkan citer,,bahan2 dia memang ringkas n senang nak dapat di kedai runcit sebelah umah pun ade…
  • -       Sepeket biskut marie putih
  • -       Milo sepeket yang saiz dia besar sikit dari yang paling kecik tu.yang kedua dari kecik skali (lupa berapa gram sebab plastic dia da buang masa kemas2)
  • -       Telur segar 3 biji (boleh kurangkan kalu nak kalu takut hanyir sebab masa aku wat kek tu rasa hanyir sikit xconfirm sebab apa telur yang agak lama or sebab banyak sangat telur )
  • -       Sebuku buttercup
  • -       Gula kasar suku cawan (sepatotnye 1 cawan tapi rasa dia sangat manis sebab milo tu da cukup manis kan..so xbuh gula pun xpe sebenarnye kalu xsuka manis2)
  • -       Air setengah cawan
  • -        Esen vanilla (agak2la nak buh bape banyak…)

Oke,,pastu bila da siap barang2 suma,,kita gaul pakai senduk lam bekas...campurkan suma bahan kecuali BISKUT MARIE..agak2 suma da rata, panaskan lam kuali or periuk pakai api perlahan..pastu kacau2 lagi. Jangan lama2 sangat sebab nanti biskut marie tu liut. Bia dia rangup baru best..tutup api pastu tuang lam acuan. Pastu, tekap2 ngan plastic ke apa untuk dia padat. Pastu bila da sejuk sikit simpan lam peti…keluarkan bila da keras2…maka..jadilah ia!!!!hehe…

Kalu korang perasan,,,bahan2 dia tu xde pun aku letakkan susu pekat or cair kan??memang tula rahsia dia…xyah buh pun sebenarnye sebab nanti warna da akan jadi pucat..lagipun da manis sangat da..n yang paling penting…xde bahan2 merepek yang aku xsuka. Hehe..heaven!
K selamatlah mencuba n seperti biase kalu cuba, tapi xpaham boleh Tanya cause im feeling so free to answer anything as long as I can…(oh my English!) ;)))))))

anggaran kos kek batik ni lebih kurang rm15..boleh jadi mahal kalu korang beli kat tempat mahal and boleh jadi murah if korang beli bahan time sale... ;)

sorry sangat2 sebab xleh nak post gambar sebab kamera kat pone rosak..yang ma2 plak tpon dia memang da antar kedai awal2 sebab rosak speaker..sorry again..tapi yang pastinya warna dia akan jadi gelap n rasa dia manis sampai bau pun manis...hehe...bukan promote ke apa tapi benda betul...DIY..gud luck!

Tuesday, July 31, 2012

tazkirah ramdhan

assalamualaikum wbt...

hari ni da 11 ramadhan n rasanya belum terlambat untuk aku ucapakan salam ramadhan kat suma umat islam yang baca belog ni..(yela...kalu xbaca belog ni mana orang tao aku wish kat dorang). actually aku sendiri banyak benda yang nak aku tulis sebab banyak sangat benda yang berlaku and banyak sangat info yang aku sediakan untuk ruangan aku ni...cuma masa x mengizinkan...(sebenarnye aku xde line tenet...tu je sebabnye)

aku tergerak ati nak bagi tazkirah ae ni sebab bukannya apa...tapi aku nak kongikan sikit pengalaman aku and kalu boleh aku nak readers amalkan n tengok kesannya..bukan nak berlagak ataupun apa sebab aku sendiri hambaNya yang lemah n selalu wat khilaf...cuma sekadar berkongsi amalan yang baik

terus terang aku cakap...sebelum puase start lagi aku da tima ujian n dugaan yang bagiku maha hebat...pastu satu demi satu ujian lain muncul tanpa sempat aku selesaikan ujian yang sebelum ni...masa tu aku xmampu nak wat apa2...aku sampai demam2...xbercakap..murung..semuanye demi ujian ni..kadang2 aku terdetik..kenapa aku yang dipilih Allah untuk jalani dugaan ni?kenapa bukan orang lain??aku da berusaha tapi kenapa masih lagi aku hadapi benda ni?pastu datang lagi ujian lain yang cukup buat aku sesak dada...aku penat..penat pk n penat nak hadapi semua ni...kawan2 aku banyak tolong sedarkan aku balik..bagi kata2 semangat untuk aku..,ATIQA...aku jadi tersentak lepas dengar kata2 dia...RADZI...banyak juga naikkan semangat aku lepas dia sendiri penah kena perkara yang lebih kurang sama ngan aku...and ramai lagi kawan yang tolong aku...

perlahan lahan semacam ada suatu kuasa yang membangkitkan aku balik dari murung yang panjang...atas tikar sejadah itu..aku mendapat semangat kembali...mungkin ni adalah kifarah atas dosa2 aku yang lepas..mungkin Allah nak aku lebih dekat denganNya sementelah aku skang ni kadang keliru dalam duniawi... start dari tu aku mula mendekatkan diri pad Allah...aku tao..Allah Maha Mengetahui atas segala yang kita lakukan..aku PERCAYA...hatiku mula terasa tenang...tenang sangat2...

pastu masa aku tengah teman ma2 wat keje...aku tiba2 ternampak buku ni




aku tersentak lagi....masa ni aku tengah alami krisis yang pelbagai....masa tu aku tengah baca majalah bercirikan islamik..tiba2 aku nampak iklan buku ni..and aku terdetik..alangkah bagusnya kalu aku dapat baca buku ni... Subhanallah..Allah jualah yang maha Mengetahui atas segalanya...aku nampak buku ni kat atas meja kerja mama lepas aku simpan majalah tu...semuanya bagai dah diaturkan oleh yang DIATAS...mula2 baca buku ni...aku mengalirkan air mata...seriously buku ni jadi peneman aku masa tu..and jugak masa sekarang...semua isi kandungan dalam buku ni menusuk terus lam jantung atiku....

dan skang ni ni aku sedar...apa yang aku alami semua ni memang ada hikmahnya....banyak perubahan yang aku dapat..ketenangan yang pasti....tapi aku xnak citer kat sini sebab xnak aku naik riak...

tapi aku sangat2 lah mencadangkan korang beli buku ni....baca dan hayati...masa korang tengah ada musibah
insyaallah ayat2 yang diungkapkan ustaz ni mampu buatkan hati korang suma kemabli tenang...beserta ayat2 al Quran yang diberi..=))

Tuesday, June 26, 2012

autolike facebook

assalamualaikum wbt...

sama cam tajuk kat atas, kali ni aku nak citer sal autolike kat fesbuk...alaa...kalu korang main tweeter maksud dia retweet...tapi sosial page yang lain aku xtao nama apa sebab aku xmain..
anyway...aku terdetik nak sentuh hal ni sebab lately aku perasan satu hal kat wall page aku. ada sesetengah orang ni baru je berapa saat tulis status then da berpuluh orang yang like...perhatian..aku xmention sal artis or selebriti..its just normal people. kehidupan seharian yang hampir sama....tapi tulah...status pun biase2 jer...tapi berpuluh orang yang like...pastu aku mula sedar sal autolike ni..means bila je orang like kita nye status then kita akan like status orang tu balik. 

                                     

aku sebenarnye langsung XJELES ngan benda2 ni. seriously aku cakap aku langsung xde perasaan bila tengok jumlah like tu. apa yang aku wat?aku terus tengok isi status tu..kadang2 aku gelak je sorang n kadang2 gak aku gelak ramai2 ngan adik2 aku sebab yela...status dia camni

"bowinknyer..."

"caye boshan lew.."

"caye lapar"



tengok...tapi kalu korang tengok jumlah status dia...leh capai sampi beratus tao??kenapa??tu semua sebab AUTOLIKE!

mujurla kawan2 dia jenis memahami..so tolongla 'like' status dia tu..tapi..dapat yang jenis straight forward...jadila camni



haa..amek!!hahha..macam2la,...

apa yang paling aku kesal sekali lam bab2 autolike n..bila je nampak orang tu wat status..kita terus like tanpa baca dulu isi status tu...xpe2..tu kan hadiah sebab orang tu da like status kita kan?tapi pernah x korang terfikir nak baca betul2 apa isi status tu??ada status dok hina2..dok kutuk2 orang bagai..sedih sangat bila aku tengok status kawan sorang ni dok kutuk2 ahli keluarga dia kat wall dia....lagi sedih bila aku tengok bapak ramai yang 'like' status dia..kenapa??

tapi bila jer aku scroll kat bawah aku tengok ada kawan aku sorang lagi post sal keagamaan...n bape banyak je boleh bilang ngan jari bape orang like....hahahaha,,,,soooo FUNNY!!


aku tao ramai akan kutuk aku or terasa ngan post aku kali ni...tapi nilah kenyataan dia yang sebenar...terima hakikat...that is reality of world..=)

well..ni satu lagi jenis status yang some what kind of me...haha


aku xmaksudkan isi kandungan dia...tapi aku maksudkan panjang kandungan dia...sebab aku memang suka tulis panjang2!!hahaha


p.s i <3 u : aku xakan like sesuka hati status orang tu even orang tu da banyak kali like status aku...ahaha

Wednesday, June 13, 2012

macam mana boleh gemok ni???

assalamualaikum wbt...

alhamdulillah kali ni aku diberi masa yang cukup panjang sebenarnya so aku tetibe rasa nak updet blog since topik ni dah main2 lam kpala otak aku since a while.. :)))

yupp...tu tajuk kita pada kali ni! AKU DA GEMOK!!huahuahua....=.=

alkisahnya kuar entry ni sebabnye lam sejak dua menjak  ni aku da rasa something yang xbest lam diri aku...aku mudah penat even jalan xsampai 1km pon..malas nak bergerak...pastu perut pun ase goyang2 bila jalan...lipat2 pun da bertambah...ok stop!stakat tu je..haha...

so menjadi lumrah kaum wanita cam aku ni..(ecece..) menjadi makin gelabah...nak2 plak mama yang slama ni dok senyap jer da mula cakap2..."kakak makan apa kat kolej cna??"

and yang paling demm lagi bila suar2 jeans aku and some of my shirts da XMUAT!!nooo!!!!...but thats reality..=.=''



                                    

gambaq ni kiter amek masa kita skola menengah dulu2..


gambaq ni plak masa kiter mula2 dok matrik





gambaq atas tu plak masa kiter last2 day dok matrik...


ni plak gambaq latest yang baru semalam amek...omo!!

berdasarkan kronologi gambar2 kat atas memang nampak sangat lah kecomelan aku (ahaks!) berganda2...haha..

aku xkata yang aku xbersyukur ngan keadaan aku skang..alhamdulillah aku terlebih masih  cukup makan minum...cuma xkanlah aku nak terus biarkan badan aku membesar macam ni tanpa jagaan kan??makan xsalah..ko boleh makan apa je ko nak tapi once kalu ko da terlebih makan....lagi banyak masalah nyer ye dok??

so bape bulan yang lepas aku da list out apa2 yang wat tubuh badan aku cepat naik...n maybe korang leh cek gak..mungkin sebab2 aku sama ngan korang... :))


  • aku kuat makan mekdi n kepsi...(siyes masa aku kat cni almost once a week aku ngn kawan2 order benda2 n)
  • kat hostel aku dok tingkat empat..tapi aku nyer hostel advance ckit..so tiap2 masa aku pakai lif..turun naik sama jer
  • aku at cni gak ada perkhidmatan bas kalu nak g mana2..so mudah aku nak g mana2 naik bas jerr...
  • siang aku g klas..petang aku berangan..malam aku dok atas kusi wat hw + benda2 lagha...(x excersice lgsung!)
  • makan kat kafe lain kot ngan kat umah (kalu kat umah xdenye mak aku nak buh garam ngan msg ngan serbuk perasa banyak2.)
  • pastu kalu korang perasan ayam2 kat kafe2 ni dia xbuang kulit2 ngn lemak2 tu..pastu goreng lak ngn minyak yang memang kaww la...
  • aku tdo lewat kdg2 sampai 2 pagi (bila tdo lwat kta mudah lpaq..pastu aku ngap la biskut2 krim berlemak tuuuuu)
  • pastu aku pun lupa..haha
ngan jadinye perkara2 kat atas tu maka automatiklah tubuh aku n naik mendadak..(padan  muka)..=.=

so aku da wat keptusan yang aku nak kuruih balik...since bape2 bulan ni aku da start ckit2 wat something..antaranya 
  • aku makan nasik sekali sehari..nasik lak aku kurangkan ckit kuantiti dia (no need to diet lebih2 la..)
  • aku da start turun pakai tangga (naik tangga xlagi..malas)..huihuihui...
  • aku jalan laju2...tapi kena konsisten la..(xyah over xcersise sgt...jalan2 laju pun boleh kuruih..)
  • aku kurangkan beli biskut2 yang berkrim lemak mnis tu (tp chipsmore xleh tggal)
  • untuk kecikkan peha..aku lunjurkan kaki kedepan pastu aku hayun kanan ke kiri lam 50x..(2 testimoni da bjaya..aku juga boleh!!)
  • aku minum air masam2...sebab benda2 masam ni dia ada asid untuk hakis  bakar lemak2 ni (aku baru cuba seminggu...aku xsuka benda2 masam)
  • aku kunyah perlahan2 makan lam mulut bia kasi hancur then baru telan (kalu ada masa free je aku wat camni..slalu telan je pas kunyah skali dua)
  • n last but not least...aku minum air putih banyak2...bila ase lapaq je aku teguk air putih.

and plez dont say that aku gedik2 cakap sal gemok kat cni sebab aku nak tarik laki..no!! tolongla pk positif way...xsemestinya ko nak sihat ko nak kurus ko nak tarik phatian laki..aku xtaolah orang lain camne tapi aku wat suma benda ni sebab aku menci tengok tubuh aku jadi besar n pakai suar ketat2...aku nak kurus sebab diri aku sendiri..xdenye aku nak tarik perhatian laki mana2..aku ni xde rupa..kuruihla macam mana pun xde sape yang nak..huihuihui... :))..n skang ni aku da boleh tersenyum ckit..hehe...

p/s : yes aku memang nak jadi diri sendiri...hepi ngan cara aku even orang anggap aku pelik..tapi xkisah la...im trying not to depend on others..as long as aku mampu wat benda tu sorang aku wat..xsuka susahkan orang lain.. :))

 

Tuesday, May 29, 2012

aku belajar untuk melepaskan

assalamualaikum..



Relationships are like glass. Sometimes it's better to leave them broken than try to hurt yourself putting it back together.

Tuesday, April 24, 2012

homemade aiskrim


alhamdulillah..aku masih lagi diberi kesempatan untuk menulis kat lam ruangan ni...ekceli da lama sangat da nak updet tapi bizi derr...ngan tutor ag..lab report..test..bla2..

tetibe aku terlintas nak updet sal resepi aiskrim....best jugak kalu dapat makan home made aiskrim kan??paling penting...kita xragu masakan  (err..xtao nak vocab apa) kita halal dan bersih..kasi smile cket..=)

cam biase sebelum aku updet aku akan search maklumat dulu kat tenet..tanya incik google sal tajuk aku ni..sekali dia bagi..nah ko..banyak tol versi resepi..so terpulanglah pada korang suma nak pakai yang mana satu..mana2 pun boleh jer..tepuk perut tnya selera..(eehh..apalah punyer pepatah..)..

aku punye resepi ni pun sama gak ngan blogger2 lain cuma aku ejas2 ckit mana yang patut nak bagi lebih sedap..

ni hasil titik peluh aku yang pertama..taraaaa...!!


abaikan comot tu yerr...haha

anyway banyak cakaplah aku ni..k la...aku guna resepi yang ni masa nak buat..

resepi eskrim coklat

1 tin susu pekat (yang 550g tu)
2 sudu besar ovellete (bia penuh sudu)
1 tin air suam (guna tin susu pekat tadi senang )
2 sudu besar serbuk koko (aku pakai cap kedai biase jer..van hauten pahit cket )
4/5 kotak kecik susu full cream (nak lagi sedap taruk susu coklat)
2 sudu besar milo (n aku tambah sendiri nak bagi rasa milo )

1.mula2 masukkan susu pekat n ovellete lam mixer...
2.kalau ikut resepi asal kena ada telur sebijik tapi aku xletak sebab aku takut hanyir (sebenarnye xpun)..so 3.aku gantikan ngan susu full cream tuhh...
4.korang putarkan suma sekali sampai naik kembang
5. masa yang sama korang suh la adik bradik suami ke mak ke bancuh serbuk koko n milo lam air suam adunan ni sebenarnye xleh tinggal lama tao sebab nanti dia jadi gelembung2...
6. pastu campurkan
7. masa nak putar ni la amek masa yang paling lama...
agak2 memang da kembung sangat2 da..sampai xlarat nak putar da (automatik mixer len cerita) baru korang  simpan lam peti ais
8. pas 2 jam lam freezer kuarkan balik and putar lagi sampi kembang lagi
9. barulah simpan untuk dimakan esoknyer..

cara aku ni memang agak leceh bagi korang n korang maybe akan prefer resepi lain.. terpulangla...aku buat camni sebab nak bagi dia punyer tekstur lagi bagus..=)

rasa dia memang sedap!! kalu nak bayangkan kat korang..rasa dia cam rasa eskrim matkool coklat tu..perghh,..sdap tu..hehe

pastu kali kedua aku buat mak aku suh aku buat perisa lain plak..dia kata muak la kalu makan perisa coklat jer..aku caka[ ok jer..tapi kena adalah perisa..so malam tu jugak mak aku g bandar n beli barang2..hehe

resepi aiskrim pelangi

bahan dia sebenarnye lebih kurang jer ngan bahan untuk eskrim coklat tu cuma yang bezanye 

1cmca teh esen vanilla
perisa pilihan (jagung ke durian ke mangga ke..xpun pakai je kordial tu.)
  pastu macam biase bahan2 di atas..
 serbuk koko n suma yang berkaitan ngan koko dah xperlu

arahan pun lebih kurang sama jugak ngan diatas..cuma korang xyahla bancuh serbuk koko ngan air suam da..
pastu korang asingkan lam mangkuk berbeza..
setiap mangkuk tu korang isikanlah ngan perisa pilihan korang..
lepas semuanye da siap..mulah melapis adunan korang
dan akhirnye letak didalam freezer..=)
 hasilnye adalah...daaa!!


cantik kan??hehe..tabur2 la hiasan ikut suka hati..mak su aku dia masa mix kan adunan tu dia masukkan sekali ngan oreo..lagii sedap wooo...

korang nati cubalah kat rumah yek??bahan2 dia pun mudah je..rembat je bahan lam cupboard umah..hahaha
kalu xpaham boleh tanya..nanti insyaallah aku akan cuba jawab terbaik..=D

p/s : kalu nak bagi eskrim kita cukup elok tekstur dia cam kat kedai tu...korang kena pastikan suhu freezer korang lam optimum..jangan terlampau sejuk n terlampau biase...lagi elok kalu ada icebox..kalu xde xpe..jangan masukkan terlampau banyak benda lam peti ais tu nanti dia punyer suhu akan kurang...ejas suhu lam 0 ke -2..selamat mencuba..=)

n resepi asal..hehe

Saturday, March 17, 2012

bahana tidur petang

tadi masa aku tengah basuh kain tetibe teringat kisah dulu....masa tu aku darjah enam. ustazah aku bagi nasihat kat kitorang suma jangan amalkan tidur petang yakni tidur pas asar. pastu beliau citer kisah tentang kawan pada anak dia. anak dia masa tu da dok kat unibesiti. masa class agama ustaz dorang nasihat benda sama kat anak2 murid dia... 
''jangan amalkan tidur petang. kalu berturut turut 40 hari kita tidur petang kita dikhuatiri kita akan jadi gila''

pastu adalah sorang budak A ni dia macam "eh,betolke ni?xkot" lebih kuang macam tu la.  pastu keinginan dia meluap luap nak tahu betul ke jadi camtu. start pada tu setiap petang dia akan tidur. untuk mengelakkan kawan2 dia tahu sal kegiatannya tu dia berubah tempat tidur setiap hari. contohnya hari ni tidur dalam bilik B pastu esok dalam bilik C plak..macam tu la. cukup 40 hari dia tidur macam tu. pastu malam tu tengah2 malam dia ketuk bilik kawan dia.."weyh..aku xgila lah!xbetullah apa yang ustaz tu cakap" dia ketawa..setiap malam dia akan ketuk pintu bilik kawan2 dia n akan kata camtu.benda yang sama.kawan2 dia da naik risau da tengok keadaan dia camtu.dah x terurus dan ulang benda yang sama.pas dorang berbincang kemudian baru mereka tao yang si A tu da wat benda xelok...dia cuba menguji kekuasaan Allah...wallahualam..
makin hari keadaan dia makin teruk. nampaknya dia da xboleh diselamatkan lagi. pihak unibesiti panggil parents dia n suh bawa balik.dia diberhentikan....anak usatazah aku cakap dia da xbetul..dah xwaras..

sekarang ni aku xtaolah nasib si A n macam mana....tapi tulah...sejak dari tu aku xamal sangat tidur petang.tipulah kalu xtido langsung. aku tidur cuma xsekerap mana..so kawan2..aku harap korang suma amek iktibar dari citer ni..kalu da xleh tu janganlah wat..janganlah cuba2 nak test bagai...

Sunday, March 4, 2012

biskut eskrim!

citer ni da agak lama da..masa 2 aku tengah cuti 'studi week'...studi la sangat kononnye...ekceli lama sangat da nk updet tapi sebab kekangan masa wat aku jadi susah nak amek masa yang panjang nak updet blog..hehe..ok kita kembali ke citer kite..sebenarnye aku ni jenis yang xboleh fokus kat satu tempat pada masa yang lama..masa 2 mula la pkiran aku ni melayang2 ntah kemana2...



alkisahnye masa tu aku kononnye tengah studi subjek static...pas sejam lebih merenung buku teks tu aku da start bosan da...pikiran ni da mula berkhayal benda2 len da....dok ingatkan mak...sampi ke paris sinun pun ada...haih..(-__-'')
pastu aku bercadang nak makan eskrim yang aku beli ae tu ngan kazen aku kat mall berhampiran so ngan pantasnye kaki aku melangkah kebilik pantry n bukak ice box...dan taraaa...my eskrim~~
mula2 aku amek semangkuk je...konon sekali agi nak sambung belaja balik..dan2 pas abes semangkuk tetibe rasa xpuas...pastu aku amek lak biskut chipsmore...hantu benar aku ngan beskut ni.


pastu tetibe aku ternampak mentol lampu atas kepala aku bernyala...ting!!


aku nampak biskut n aku nampak eskrim....hehe..lalu terlintasla lam kepala otak ak n nak wat resepi baru...haha
ok cara dia senang je kalu korang suma nak menikmati biskut eskrim n..( saje guna perkataan cara bukan resepi...malu aku )

mula2 korang suma dapatkan sekeping biskut...kalu xmo manis sangat boleh pakai biskut tawar tuh...tapi aku guna beskut feveret aku ni..wee~~


ok pastu korang amekla eskrim yang korang beli kat kedai tu....aku beli eskrim murah2 je yang jenama xdela sampai wall's bagai..biase2 je..tapi aku amek vanilla yang ada isi strawberi tu..emm..yummy!


ok pastu nak ag shheedapp korang hancurkan biskut tadi n korang masokkan lam bekas eksrim tu....kalu ngan cara ni pun korang da boleh makan da cam biase..sedapp..rasa eskrim dia jadi crunchy camtu..


xpun..korang amek eskrim tu n letak atas permukaan beskut tadi cam picture bawah ni..



lagi nak best..letakla banyak2 sikit..pastu korang akan dapat rasa eskrim tu mencair n meleleh...cam pic kat atas tu....pastu korang rasalah...perghh...gerenti shheeddaaapp.....!!
bila korang makan kan..korang dapat rasa yang kat atas permukaan dia tu cam da lembik cket tapi still kat bawah permukaan dia ranggup....so bila makan akan rasala...seriously aku xtipu masa tu korang akan berada seolah2 di awangan...aahhh..nikmatnye dunia...hehe..orang yang ada masalah ke tengah stress ke bolehla cuba kat bilik masing2 ye...maka sekian saja resepi ringkas kita untuk ae ni..(oiitt..boleh panggil resepi ke camni?dush!)adeih..haha...

p/s : dinasihatkan semoga berhati2 bila wat benda ni..aku ni orang bujang dok asrama so bolehla wat camni..kalu kat umah??silap2 kena pelangkung ngan mak...membazir jer...adeih...hehe








Wednesday, February 1, 2012

selamat taon baru!

epi new year!!yey! da taon baru da! hehe..huhu...haha...
ok stop.skang ni 3/2 n aku still citer sal taon baru...basi derr....tapi at least aku cakap..hehe (nak jugak..)
anyway...sebenarnye terlalu banyak story yang aku nak moli kat sini..siyes banyak sangat yang tersimpan lam memori ni tapi memandangkan skang ni aku dok kat kampung n kat umah lak xde tenet so aku terpaksa la postpone dulu...xmo bagi kosong berhabuk n bersawang sangat page ni aku updet laserba sedikit..nantilah!tunggu after 21/2 ni aku balik kolej balik then aku upload gambo2 untuk distorykan..well...xnice r citer tanpa ada gambar kan?boring lak kawan2 suma..k bye!
:)

Tuesday, January 3, 2012

contest blog paling chomel!!

naahhh...tu dia tajuk entry kiter kali ni...padahal baru je aku updet citer baru skang ni plak aku nak join contest comel ni...harap2 dapatlah rezeki aku menang alhamdulillah la...
contest ni akan berakhir pada 9 januari ni(aku lambat tao derr..)
tuan punyer belog yang wat contest ni nama dia anis sungguh chomel belog beliau (tetibe je rendah diri tengok belog sendirik...) haha...anyway..syarat dia cakap kena tag kawan...so aku tag sekarang...
hurm..aku pilih
 besfren aku masa sekolah dulu...


NOR KHALILAH KAMARUZAMAN


dan jugak

  NURUL FAZEATY


hehe....hope sangat dapat menang...(cam pervert je aku ni...kuang3)

Sunday, January 1, 2012

kisah si kecil bara'ah...

kenalkah anda dengan si kecil ni?


siapalah si kecil ini untuk dipandang dan diidolakan jika hendak dibandingkan dengan gadis seusianya yang sangat anda kenali seperti ini



atau ini



jujur aku katakan aku xkenal pun dua orang yang kat atas ni...show dorang aku xpernah tengok langsung...tapi gadis yang pertama di atas itulah bar'ah. si kecil yang dari usia sepuluh tahun mampu menghafaz  al Quran dengan bacaan tajwid yang sempurna...ya,sukar untuk kita cari orang seumpanya di sini....kisahnye juga begitu tragis sehinggakan hampir mengalir air mataku apabila membaca kisah hidupnya..
sebelum korang skroll kebawah untuk teruskan pembacaan...aku nak korang suma pasang video ni dulu dan dengar betol2 suara si kecil yang bernama Bara'ah ni..


untuk pengetahuan korang suma..surah yang dibacakan adalah surah Abasa...da dengar da?amacam?boleh ke kita dengar sore pengajian yang begitu indah dari adik2 ataupun anak2 kita?sesungguhnya aku malu ngan diri aku sendiri bila dengar bacaan dia...malah seorang ustaz menangis apabila diperdengarkan suara si gadis ini...si kecil ini cukup tabah dalam dugaan yang maha hebat yang melandanya...aku sendiri xtao jika aku mampu berada ditempat si gadis ni.

al kisahnya...
sepasang suami isteri berpindah dari mesir ke tanah arab saudi dengan anak mereka yang berumur 10 tahun dengan tujuan mencari kehidupan yang lebih baik. kedua duanya adalah doktor.pada usia 10 tahun anak perempuan mereka sudah mampu mengahafaz al Quran dengan tajwid yang sempurna. sehinggakan para guru  menyarankan agar anak mereka dihantar ke sekolah tinggi bukan di sekolah rendah biasa dek kerana kecerdasan akalnya. jika dilihat keluarga ini adalah keluarga kecil yang bahagia dimana mereka mengamalkan ajaran islam dalam kehidupan seharian mereka.mereka mengamalkan 'amar makruf nahi mungkar' dalm kehidupan seharian mereka.

pada suatu hari si ibu mula rasa kesakitan yang amat pada anggota badannya.apabila di cek di hospital beliau didapati positif kanser . malangnye tumor yang merebak sudah ke peringkat akhir dan para doktor tidak mampu berbuat apa2 lagi. si ibu lalu berpesan pada anak gadisnya "wahai anakku Bara'ah..ibu akan mendahului kamu untuk ke syurga. namun ibu mahukan kamu anakku untuk terus membaca dan menghafaz al Quran kerana al Quranlah yang akan melindungi kamu sampai bila bila"

dalam pada usianya yang kecil itu sudah tentulah beliau tidak faham akan kata2 ibunya namun dia mula dapat rasakan perubahan yang dialami oleh ibunya..sementelahan ibunya telah dipindahkan ke hospital. setiap hari selepas sekolah beliau akan menemani ibunya di hospital sambil membacakan al Quran untuk ibunya sehinggalah waktu petang sesudah bapanya pulang dari kerja barulah beliau pulang sekali.

keadaan ini berterusan sehinggalah pada suatu hari si bapa menerima panggilan dari hospital berkenaan keadaan isterinya yang nazak dan memaksa si bapa untuk segera mengambil Bara'ah dari sekolah dan terus ke hospital dengan segera. sesampai sahaja di hospital si ayah menyuruh si anak untuk tinggal di dalam kereta sementara si ayah naik untuk melihat keadaan si ibu. beliau berbuat demikian untuk mengelakkan anaknya dari terkejut sekiranya ibunya disahkan meninggal dunia.

dengan air mata yang berlinangan si ayah menyeberangi jalan raya untuk naik ke wad namun malangnya sebuah kereta yang memecut laju telah melanggar si bapa. bapa Bara'ah meninggal dihadapan mata Bara'ah sendiri. kematian bapanya tidak dikhabrkan kepada ibunya sehinggalah lima hari kemudiaan si ibu pula meninggal dunia meninggalkan Bara'ah keseorangan di dunia ini. kawan2 ibubapanya bersetuju untuk menghantar Bara'ah kembali ke mesir untuk dijaga oleh saudar maranya.

tidak lama kemudian Bara'ah mula rasakan kesakitan yang sama dialami ibunya. apabila didiagnosiskan, Bara'ah positif kanser otak. apabila dikhabarkan kepadanya, beliau mengatakan.......
"Alhamdulillah...akhirnya saya boleh menemui kedua ibu bapa saya kembali"

dan sekarang....Bara'ah pergi meninggalkan kita semua untuk berjumpa dengan kedua ibu bapanya...
al Fatihah untuk arwah Bara' ah....

p/s :akusebakgilerbacakisaharwahsemogakitadapatmengambiliktibardarikisahhidupnyasesungguhnyasetiapyangdatangakanpergi......innalillahwainnahirojiunn...