Wednesday, November 7, 2012

alkisah serikandi islam,,Zinnirah


Assalamualaikum wbt..,,

Tadi aku join satu majlis usrah yang kawan aku buat..pastu dia sentuh pasal  kisah Zinnirah al Mumtahanah….aku xpernah dengar pon kisah dia sebelum ni...kali pertama masa murabbi aku cerita,,aku rasa sayu sangat,,kagum ngan semangat Zinnirah...bila pikir balik aku rasa malu,,malu sangat2!!sedangkan pada zaman dahulu yang mana untuk mengamalkan ajaran Islam punyalah susah,,siap kena seksa..dera lagi..tapi kita??maybe korang x,,tapi aku ni,,mengaji al Quran pun ikut main sempat main mood je..bukan niat nak bukak aib sendiri tapi iulah kenyataan nya..aku macam ditusuk pedang yang tajam  bila dengar kisah ni..terasa gila kot!! Bagi sesape yang belum mengenali salah sorang Ahli Syurga ni,,,aku ada amek ayat dari tenet untuk korang baca siapa itu ZINNIRAH AL MUMTAHANAH..

#optional choice : boleh pasang lagu ni kalu nak lebih feel..=)



Zinnirah menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitu semasa baginda S.A.W berdakwah secara sembunyi-sembunyi di kalangan rakan karib baginda. Dalam sejarah Islam, golongan yang pertama memeluk Islam inilah yang banyak menerima ujian daripada Allah

Zinnirah adalah seorang gadis yang berasal dari Rome. Kehidupan keluarganya sangat miskin dan dalam keadaan serba kekurangan. Ketika berlaku satu peperangan besar di Rome, Zinnirah terpisah daripada keluarganya lalu menjadi tawanan perang. Sejak itu dia dijual sebagai hamba dan sering bertukar tangan. Sepanjang menjadi hamba abdi, Zinnirah dilayan dengan kasar dan adakalanya diperlakukan seperti binatang oleh tuannya.

Suatu hari Zinnirah berkenalan dengan seorang hamba yang senasib dengannya. Perkenalan itu akhirnya membawa Nur Islam dalam diri Zinnirah kerana hamba itu menerangkan ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah. Penerangan yang tulus itu membuka hati Zinnirah untuk memeluk Islam. Namun, dia terpaksa melakukan ibadat secara rahsia kerana tuannya memusuhi Islam.

Nasibnya lebih malang apabila dia bertukar tangan kepada bangsawan Quraisy yang sangat berpengaruh masa itu, Umar Al-Khattab. Ketika itu, Umar belum memeluk Islam dan juga tidak mengetahui keIslaman Zinnirah. Umar yang sangat memusuhi Rasulullah terkenal dengan bengis dan kasarnya sehingga digeruni, baik lawan maupun kawan. Akhirnya, Umar mengetahui mengenai keIslaman Zinnirah apabila suatu hari dia mendengar gadis itu membaca al-Quran. Ini menimbulkan kemarahan Umar yang mahu menghukumnya dengan siksaan berat.

"Tahukah kamu apa hukuman yang layak untukmu?" Tanya Umar keras dengan wajah bak singa sambil mengheret Zinnirah ke tengah padang pasir. Di situ, Umar mengikat kaki dan tangan Zinnirah dan menjemurnya di tengah panas terik. "Inilah caranya supaya kamu insaf," katanya lalu meninggalkan Zinnirah di situ. Walaupun mukanya perit dipanah matahari dan kehausan, Zinnirah tabah menghadapi penderitaan itu sambil mulutnya tidak berhenti membisikkan Allah.. Allah...

Apabila melihat hamba abdinya belum insaf, Umar menyeretnya ke pinggir kota dan mengikatnya di tiang. Dia menyuruh orang mengorek mata Zinnirah sehingga buta (ada juga sumber menceritakan dicucuk dengan besi panas). "Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurga aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan." Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah S.W.T ketika bermunajat kepada Allah di setiap malam sebagai penawar jiwa di atas segala kesusahan yang dia hadapi. Pengorbanan Zinnirah mendapat cercaan kaum musyrikin Mekah. Pelbagai cacian dilemparkan kepadanya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana dilaknat oleh tuhan Latta dan Uzza. Mereka mencabarnya kerana Zinnirah mempertahankan diri dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, sebaliknya ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkan ianya berlaku.

Penderitaannya itu akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar as-Siddiq yang membeli Zinnirah dengan harga tinggi. Sejak itu, dia tekun beribadat dan dengan kurnia Allah, kedua-dua matanya yang buta itu bercahaya semula. Peristiwa yang mengagumkan ini menyebabkan ramai orang Quraisy memeluk Islam..

Kita sering dengar tentang kisah Bilal Bin Rabah,,,seorang muslim yang menerima nasib yang hampir sama,,tapi ni seorang MUSLIMAT! Betapa besarnya pengorabanan yang dilakukan beliau untuk mepertahankan Islam...tapi kita sekarang ni??xde sape pon datang nak dera2 ke buat camtu kat kita,,masih lagi kita MALAS untuk berjuang?astaghfirullah….

p/s : thanks sahabatku Nur Azura sebab xputus asa selalu ajak aku g majlis ilmu...hanya dia yang tao betapa susah nak heret aku ni..hehehe….semoga kau sentiasa di bawah limpahan nikmat kurniaNya..aku doakan semoga kau sentiasa dibwah keberkatan Illahi.. =)

Anyway,,,ada satu lagi kisah menarik..tapi kat post lain aku akan citer...panjang sangat takot korang boring lak baca..hehe  

No comments:

Post a Comment