Wednesday, August 29, 2012

masalah,,penyakit,,---> hati

assalamualaikum wbt...

pernah x bila kita tengok someone..kita akan cakap.."she/ he is better than me..i have nothing..'' pastu kita akan cakap plak "untungla kaya,,cantik/smart,pandai lagi...perfect nye dia...kenapa aku xcamtu r??'' 

tipulah kalu aku cakap aku xpernah fikir camtu... tapi tanpa kita sedar iblis da tanamkan lam hati kita 2 penyakit berbahaya which is rasa iri hati dan dengki. yang mana penyakit ni lah yang akan memusnahkan kebaikan, menghancurkan amal soleh kita selama ni...xguna kita solat 5 waktu puase xpnah tinggal..tapi once kalu kita terkena penyakit ni...wallahualam... 

kat sini aku nak berkongsi sebuah cerita yang mana mungkin akan menyentuh hati korang or buat korang nangis (because i've already had it)...kisah ni berlaku zaman Rasulullah saw..

dari Anas bin Malik ra. berkata, "saat itu kami sedang duduk2 bersama Rasulullah saw, lalu baginda bersabda, "akan datang seorang penghuni syurga dari arah ini kepada kalian.'' maka datanglah seorang sahabat Ansar dengan janggutnya yang basah kerana berwuduk. sambil membawa sandalnya dengan tangan kiri, dia mengucapkan salam.

keesokan harinya, Rasulullah saw menyampaikan hal yang sama dan ternyata orang yang sama juga melaluinya. sehinggalah pada hari ketiga,,benda yang sama juga berlaku..

ketika Baginda beransur pulang, Abdullah bin Amr bin Ash ra. mendekati orang Ansar tersebut  sambil berkata, "aku bertengkar dengan ayahku, dan bersumpah tidak akan pulang selama 3 hari. jika engkau tidak kebereatan, izinkan aku tinggal dirumahmu selama 3 hari?'' orang itu menjawab, ''silakan saja, tidak ada apa2''

Anas berkata, ''kemudian Abdullah bin Amr bin Ash ra tinggal di rumah orang itu selama 3 hari. akan tetapi,dia xpernah menemuinya bangun malam untuk menunaikan solat tahajjud, kecuali bahawa jika dia terbangun atau membalikkan badannya di tempat tidur dia menyebut Asma Allah dan bertakbir. begitulah seterusnya hingga datang waktu solat subuh. akan tetapi orang tidak pernah berucap kecuali perkataan yang baik. 

Abdullah bin Amr berkata, ''setelah 3 hari berlalu aku merasa amal ibadahnya biasa2 sahaja. lalu aku berbicara kepadanya, wahai Abdullah, sesungguhnya aku xpernah bertengkar dengan ayahku, akan tetapi aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda, '' akan datang seorang penghuni syurga kepada kalian'' sebanyak 3 kali dan sebanyak itulah kamu muncul dihadapan kami setelah baginda menyampaikan sabdanya. maka aku ingin tinggal bersamamu untuk mengetahui apakah amalan yang kamu lakukan dan ternyata kamu tidak melakukan apa2. sebenarnya amal apakah yang membuatkan kamu ampai ke darjat agung itu?'' 

orang itu menjawab, ''tiada apa yang aku rahsiakan. apa yang kamu lihat itulah yang aku lakukan''

Abdullah bin Amr segera beransur pulang, tiba2 orang tersebut memanggilnya seraya berkata, '' yang aku lakukan adalah apa yang engkau lihat, hanya saja aku xpernah merasa iri hati terhadap nikmat yang telah diterima oleh seorang muslim pun.''

Abdullah bin Amr berkata ''itulah yang mengangkat darjatmu dan itulah yang paling sukar dilakukan''

HR. ahmad (3/166)

seseorang yang didalam hatinya wujud peyakit ini, tidak akn merasa ketenangan. saat orang lain sibuk mengejar akhirat, dia aknsibuk menyoal dirinya bagaimana dirinya boleh mendapat nikmat yang sama atau lebih dari orang lain yang mempunyai kekayaan, kecantikan, kenamaan..sehigga dia menghabiskan waktunya untuk mengintai kegiatan orang lain...

setiap penyakit ada ubatnya selain daripada mati...ubat yang paling mujarab untuk penyakit ini ialah selalu menjaga solat berjemaah dan berzikir padaNya..solat dan zikir adalah yang paling utama. 

perlu diketahui bahawa proses pegubatan ini memerlukan masa yang cukup panjangtapi janganlah kita ragu dan putus asa. berdoalah dengan penuh khusyuk dan tunduk..

disini ada satu ayat yang aku sertakan untuk kita semua amalkan..

''dan janganlah engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang2 yang beriman. wahai Tuhan kami! sesungguhnya Engkau amat melimpah belas kasihan dan rahmatmu''

(al hasyr 59 :10)

aku mintak maaf kalu maksud yang salah atau xbagi ayat Quran...its better korang cari lam Quran yang betul then cari lam tenet ni..at least kita yakin lam makalah yang sering dibaca daripada copy paste dari laman yang ntah betul atau pun x.

cara ini telah dicuba banyak orang yang ditimpa penyaki ni dan Alhamdulillah mereka merasakan perubahan yang nyata....

p/s : aku hanya berkongsi sebuah kisah yang dipetik dari sebuah novel yang bertajuk TRAVELOG IMAN SEORANG DOKTOR....semoga kita semua mendapat manfaat darinya...aku xminta apa2..cuma jika ada yang mengamalkan,,Alhamdulillah,,aku juga dapat saham pahalanya..amin..

2 comments:

  1. manusia mmg xlari dari macam tu kan, tapi itulah kehipupan yg perlu agama..bari hidup lengkap dan sempurna.

    follow my new blog ya http://beautifulsaharaa.com

    ReplyDelete
  2. yupp..lumrah manusia yang sentiasa inginkan kesempurnaan...tapi kita jugak perlu ingat..lam kita terus menerus mengejar kesempurnaan..jangan ditinggalkan iman kerana jika tersilap langkah,,,kenalah kita ngan 2 penyakit ni..=))

    ReplyDelete