Wednesday, February 19, 2014

bahaya bahan kimia dalam kosmetik

salam alaykum... :)

alhamdulillah..lepas beberapa bulan dalam mood hiatus, yeah! dah wat comeback!! yee,,aku je eksaited sensorang... oh, lupa, nak cakap ni, sempena tahun baru ni nak tukarlah gelaran diri. tak mau pakai 'aku'  dah...mama komen kata my blog isn't for underage people only...so better  tukar. hormat sikit orang lebih tua. kotla ada auntie2 baca ke..takke potong teruih chances nak jadi menantu? ihikss..

anyway..back to our topics...sebenarnya benda ni dah jadi isu. kalau cek dalam gugel pon senang je jumpa mana mana blog yang kupas isu ni. So aku saya malas nak taip benda yang sama cam blogger lain. malas jugak nak kopi pes sebab dengan senangnye anda pun boleh je klik kat blog lain untuk baca benda yang sama. (sebenarnya malas nak tekan CTRL C +CTRL V).  meh nak bagi link, sila baca dulu post blogger ni sebelum anda baca post saya yang seterusnya..:) 

knnessa

blog ni bagus, dia kupas semua isi yang saya awal2 lagi nak kupas. tapi sebab kemalasan yang melampau and asyik dok bertangguh ja, jadilah orang lain buat dulu..

tapi la ni saya nak citer my experience yang almost same like her plus tambah sikit lagi info2 lain. kalau sudi sambunglah baca. kalau tak, silakan klik pangkah kat sebelah atas tab ni. saya tak paksa pun.:)

okey, sebenarnya me baru je pakai produk set collagen plus vit E ni. sebelum ni memang saya tak pernah percaya produk2 kosmetik yang macam bumiputera or senang cakap, benda yang selalu makcik kiosk kat mall jual. NEVER. sebabnya, since form 4 lagi saya membiasakan kulit ni dengan pencuci muka walaupun masa tu takdek pun jerawat ke hape nak singgah. tengok kengkawan pakai teringin la jugak nak merasa sabun atas muka ni. lepas tu..amekk kauu...bermacam macam produk Malaysia saya try, tak pernah menjadi. masuk matrik, kulit jadi makin teruk. 

masa tu nak tengok cermin pun kena bukak spek sebab tak suka tengok kulit sendiri. and saya tak pernah ada hatta sekeping pun gambar dekat sebab takut dengan realiti sendiri. tapi lebih kurang macam ni la kondisinya dulu



macam macam produk Malaysia saya try. kulit dah jadi cam bahan ujikaji pulak. FAILED!.. kulit dah jadi macam permukaan bulan sebab tangan gatal nak mam%#$ dok kutes..lama keadaan jadi camni. bukan tak try tradisional punye. wahh..me dah boleh jadi ahli botanical rasanya sebab semua jenis tumbuhan yang bagus saya belajar dan amek tahu untuk kulit. tapi masalahnya lambatla nak sembuh.  cakap je tumbuhan apa, saya la paling laju sebut kegunaan dia. (as long its related to skin)

belum sempat jerawat lama nak hilang sepenuhnya, jerawat baru naik lagi..and so on..... sampailah awal tahun lepas, masa tangan dok gugel2 cara nak hilangkan parut jerawat sumer2 tu,  saya terbukaklah satu page thread ni. pastu ada satu komen kat bawah, sikit je dia tulis tapi bawa perubahan besar untuk kulit saya sampai sekarang. dia kata, as dermotologist (pakar kulit) dia langsung tak percaya mana mana je produk yang kata dapat hilangkan parut lekuk kat muka. tu semua tipu. pakaila banyak mana pun vitamin, kulit jarang dapat licin balik. satu cara je, buat rawatan laser. masa tu saya cam devastated la...to imagine i have to live forever in this condition...


tapi tapi..... dia ada tulis lagi kat situ..kalau masalah jerawat, biasanya dermatologist akan suruh makan ubat antibiotik. oxymycin dan dalacin T untuk bunuh semua bacteria yang hidup bahagia beranak pinak dalam kulit epidermis kita ni. 

lama jugakla saya biarkan je nasihat tu. saya bajet harga dia bapak mahal la sebab yela, doctor sendiri bagi description kan. tak maunye harga dia puluh2 ringgit. so saya pakai je produk2 biasa ni. nak jumpa dermatologist? well..saya bukanlah orang kaya mahupun JPA student yang dapat berganda elaun dari budak PT. 

dari produk murah sampailah mahal beratus saya try tapi tak banyak membantu. kulit memang camtu lah..pastu lama sikit tu masa jenjalan kat Mid Valley, saya nampak poster cek kondisi kulit kita kat pharmacy AEON. bayar RM 4 je, kita dapat tahu jenis kulit kita and pharmacist tu akan consider product untuk kita. masa tu saya pakai cleanser sabun beras dengan toner and moisturizer dari Face Shop. 

pharmacist tu kata muka saya sangat kering and too high of pH, terkejut la sebab i thought all this while my skin is oily. dia tanya product apa saya pakai and dia cakap kalau pakai sabun buku, kulit memang akan kering dan beralkali tinggi. masa tu hidung ngan tepi bibir memang menggelupas agak teruk. so dia syorkan pakai AVENE. tapi mata and hati saya lebih tertarik nak pakai AIKEN sebab saya tahu AIKEN ni memang untuk masalah kulit. lagipun AVENE mahal gilos. 

pharmacist tu suh datang lagi pas sebulan nak tengok condition saya pas pakai AVENE kononnya. (dia tak tahu senyap2 aku gi tukar AIKEN masa nak bayar kat kaunter..hahahaa)..

pastu kulit seems makin okey. i mean, kulit dah tak menggelupas and jerawat dah tak naik sangat cam dulu. pastu sekali lagi saya pergi pharmacy tu terdetik hati nak tanya sal antibiotik tu. actually acne still ada walaupun tak naik laju cam dulu. making me more stresses. nak solat pun susah sebab bila sujud dahi sakit yang amat. pipi ni takyah cakapla

saya tanya pasal Dalacin T dengan Oxymycin. dia kata sama je dua ubat tu tapi dia lebih syorkan ambil Dalacin T sebab oxymycin lagi mudah meruap. nanti cepat habis ubat tu bila kita buka penutup dia. tanpa rujuk kat mana2 dermatologist, saya amek risiko beli Dalacin T. masa tu memang tak tahan ngan sakit kat muka ni lagi, stress lagi. oh, lupa nak cakap, saya tak pakai produk oxy sebab tak sesuai dengan kulit. ameklah 10% concentration pun jerawat tu tak hilang gak. degil nak mamp%$ bakteria tu.

Dalacin T tak mahal sangat. masa tu saya ada rm50 je dalam poket. last pocket money in that semester. tapi saya beli gak. harga dia masa tu tak sampai RM 40. lepas pakai toner baru apply antibiotik ni. ikut preskripsi dia suruh apply sekali je before tidur. tapi saya buat preskripsi sendiri pakai dua kali shari..hahaha..kalau kulit sensitip tolong jangan ikut tau. 

lepas beli baru saya cari info lebih kat gugel. naahh..baru tahu mana boleh sesuka hati je amek ubat tanpa preskripsi. tapi sebab dah TERbeli so saya pakai jela. Alhamdulillah, lepas lima bulan, jerawat dah berhenti naik. tapi parut2, MasyaAllah...yang tinggal kat muka cumalah lubang2 hasil penjajahan kaum bakteria dulu dan kesan merah. susah nak hilangkan parut merah sebab antibiotik tu sekadar mematikan kuman, bukan menyembuhkan kulit. saya rasa toner dan pelembab Aiken pun turut membantu proses mematikan kuman ni. 

so keadaan saya berterusan hinggalah akhir tahun lepas. pencuci muka saya pelbagai sebab rasa muka dah elok kan. bila naik je jerawat terus dab antibiotik kat muka. boleh lagi pakai antibiotik tu walaupun muka kita dah tak teruk. dia jadi cam ubat jerwat la. amazingly after 9 months ubat tu still tak habis lagi. jimat kan?  

masa tu saya baru tahu kandungan paraben yang bahaya dalam most of cosmetics. so nak jadikan citer, saya nampaklah promosi collagen vit E ni kat fesbuk. masa tu harga dia murah sangat. RM 18 termasuk posting. sebagai gadis normal, haruslah saya terbuntang mata lalu mengorder online. 

bila je sampai produk tu saya terus cek kandungan dia. yes, ada penggunaan paraben untuk sabun dan krim. tapi sebab dah beli, saya pakai jela. 'takpe kot pakai sikit je;' 
that's how i persuade myself untuk pakai produk ni gak. tiga hari pakai, muka saya menggelupas yang amat. pedih hanya Allah yang tahu. rasa muka cam terbakar. pastu saya cek dalam internet dia suh stop jap pakai krim malam. 

saya jarang pakai bedak bila ke kelas. bila rajin je baru saya apply bedak kat muka. ada sekali tu lepas je pakai krim siang, saya dab compact powder kat muka. muka saya masa tu dah rasa tegang yang amat and sangatlah pedih. serius. bila pakai je bedak, kulit menggelupas nampak jelas la. terus saya basuh muka balik ngan air sejuk pastu sebelum pergi dewan (final exam) saya apply extra virgin olive oil nak kurangkan tegang dan sakit kat muka. masa tu mood nak bercakap ngan kawan pun takde. 

seminggu keadaan tu berterusan. hanya olive oil dan air sejuk je penyelamat, tapi still, saya teruskan penggunaan krim siang malam tu. saya fikir, kesan sementara nak bagi dia serasi dengan kulit kita.

balik rumah, kulit saya okey sikit. dah tak banyak sangat menggelupas. kebetulan my mom pun pakai produk tu jugak nak hilangkan jeragat. mama cakap pedih bila pakai krim malam and i ask her to stop using night cream for a while. saya teruskan pakai krim malam sampailah adik2 dan murid (ada buat tuisyen jap masa cuti haritu) komen cakap muka saya makin putih. adik2 cakap muka saya dah tak cam dulu. parut2 semua dah tak nampa. padahal saya pakai dalam tiga minggu je pun. 

mama tengok muka saya ada perubahan besar so dia teruskan pakai krim malam walau pedih menyengat. saya pulak makin takut sebab actually bila kulit kita makin putih, kadar untuk dapat kanser makin tinggi sebab melanin dalam kulit makin menipis. melanin ni yang bagi kita warna kulit cam sekarang ni. that's why guys, jangan sedih bila kulit kita gelap. 

so in the end saya jarangkan diri pakai krim malam. lepas tu kulit saya start naik bintik merah. bila sentuh, sesetengah kawasan terasa cam berbintik walaupun tak nampak jerawat. 

minggu ni saya terkejut yang amat bila pergi satu kedai ni. saje jelah saya tanya auntie tu, ada jual bedak tanaka ke tidak sebab kan ramai yang pakai bedak myanmar tu sekarang. nak tanya la berapa harga dia. tapi kata kata auntie tu memang buat saya terkejut besar

"eh, auntie tak jual barang barang macam tu. adik tak tahu ke bedak tanaka, arab, collagen semua tu takde kelulusan KKM? "

saya senyap. terkejut bila produk yang saya pakai turut dikaitkan. 

"baru je sebelum adik datang, ada student ni datang jumpa auntie dengan muka penuh dengan nanah, merah dan gelupas. memang ngeri la kalau tengok. dia menangis nangis cakap muka dia jadi camtu lepas stop pakai collagen. auntie tanya kenapa stop pakai, dia kata tak tahan pedih. pastu bila muka jadi teruk dia pakai balik. last last jadi camtu. auntie rasa daging dia kat dalam tu dah masak. so auntie suruh dia stop pakai collagen tu lepastu pakai produk ni (auntie tu tunjuk produk yang dia jual berasaaskan susu). masker ni boleh sejukkan balik panas kat dalam"

masa dia bagi masker susu tu saya buat derk je sebab saya nampak manufactured kat china. tak percaya den barang sana. tapi balik tu hati dah tak tenang. so gugel2 sampai lah saya jumpa. ya! collagen tu memang takde KMM punya kelulusan dan ciri ciri dia memang menepati produk saya pakai tu. and pasal tiruan dengan original tu, meh nak citer...awak, produk tu memang dari awal takde kelulusan KMM..so ori atau tiruan memang dia harmful for human use. 

bayangkan selama hampir dua bulan saya pakai produk yang ada merkuri dan paraben!! ramai jugak tanya saya pakai apa. lain kali saya nak cakap, saya pakai merkuri atas muka. that's the truth though. masa tu saya macam nak nangis pun ada sebab saya tahu, muka saya akan kena effect merkuri tu. dahlah paraben satu hal, tambah lak ngan kandungan merkuri memang hancurlah. 

so sekarang ni saya tengah prepare physically and mentally for the worst. maybe kondisi kulit saya akan jadi lebih teruk dari dulu. i need to bear with the consequences after all i've done. cuma sekarang ni saya perlahankan proses tindak balas merkuri dan paraben tu dengan lumurkan extra virgin oil setiap malam sebelum tidur dan makan vitamin Shaklee. yang vitamin ni saya baru je ambil sebab nak support mama punye business. kalau rajin, saya bilas muka dengan air syifa'.

now i can feel my skin becoming worst haru haru..(day by day)..i dont know..mungkin jugak kulit saya akan sembuh. apa apa pun, nobody can predict the future. 

so nasihat saya pada luar sana..please..please...and please..toksah la anda risiko kan diri anda dengan ambil produk produk yang dah sah sah dijual harga murah pastu tak pasti kelulusan KMM..benda ni takkan jadi dengan sehari dua hari penggunaan. sebaliknya jangka masa panjang, anda dapat rasa kesan dia. masa tu baru merana. 

let me tell ya..produk murah biasanya dorang punye company takde R&D. yelah, mana nak tampung kos R&D dengan harga produk yang rendah. bila takde R&D, customerlah yang jadi mangsa ujikaji mereka. jangan percaya sangat cakap peniaga kiosk tu suma. mereka takde ka tempat kejadian masa proses pembuatan kosmetik dan makanan tambahan tu so senangla cakap produk itu ini baik untuk kita. kadang kadang mereka terlampau mengejar keuntungan tanpa mengira nasib yang bakal customer alami. tapi tak semualah macam tu.

baik ambil produk yang agak mahal tapi kita pasti dia punya kesahihan halalnya, baiknya, ada KMM pulak tu. macam Shaklee, Herbalife..apa lagi..produk2 macam ni dah lama kat pasaran. insya Allah terjamin. (mata mengantuk so dah tahu nak buat ayat apa lagi sebenarnya)

 baru baru ni kawan saya post pasal penjualan produk makanan tambahan yang makin berleluasa. since bidang study dia in biotechnology, so she learn and know a lot of things about this.  

okey dah nak habis dah pun penulisan saya ni. panjang berjela dari tadi lagi tak elok gak.
last but not least, saya nak ingatkan, auntie tu ada pesan kalu sape sape dah try produk collagen tu and nak stop tapi takut, dia cakap jangan berhenti mengejut. nanti muka kita makin teruk. try berhenti selow selow. krim malam tu hentikan terus. 

satu lagi nak cakap, jangan ikut sedap rasa je pas baca post saya pasal antibiotik tu terus gi farmasi beli. DON'T!
kalau boleh seelok eloknya pergi cek dengan dermatologist dulu. kalau tak mampu, rasa mahal sangat macam saya dulu, pergi jumpa doctor biasa. tapi kalau rasa segan and malu macam saya jugak, baca sini dulu tau.. acneregime so anda boleh tahu basic things before anything. jap, saya nak cari post doctor sorang ni tak jumpa pulak.,
alaa...susah la bila klik link tu jadi webpage not found pulak because saya save webpage tu. 


haa..ni dia..before buat apa apa, before gelojoh beli something, baca blog doctor Azma Wahida ni dulu. doctor ni ada bagi preskripsi lengkap tentang kondisi kulit kita semua. lainla kalau anda berkulit buaya seperti saya..haha..tapi dah nipis gila dah sekarang ni sebab krim tu. 

okey selamat malam readers. starting 8pm i wrote this and now i really need some sleep...:)

p/s : saya tahu sangat saya tak layak nak bercerita pasal kecantikan because im too far from the words of beauty. but just sharing my thoughts and experience since many people asking me my secret. parut lekuk tu tetap ada...cant be healed completely..

20 comments:

  1. hmm saya ni jarang baca blog orang sampai habis tapi harini jalan2 kt fb terjumpa pulak blog ni, n boleh plak saya baca sampai habis entry ni haha. btw sy ni pun mengalami jerawat super teruk level super saiya.. kalau level kulit tu /10 saya level 2 kot. masa pas habis SPM lah die lagi menjadi, beriban2 duit habis pergi beli macam2 produk tapi ke laut, last2 sy buat research sendiri tentang ubat yg sesuai then pergi dermatologist baru berkesan.. niat di hati nak kongsikan kt my blog bagi mudahkan remaja di luar sana yg ade masalah yg sama dari terus habiskan duit dgn bende yg x nampk (sbb mostly sume produk famous kt malaysia ni dh sy guna tapi ke laut) tapi masih belum punya masa free sbb terlalu byk nak cerita.. produk vit e yg awak pakai tu bebudak u mmg ramai pakai sebab murah .. perempuan kulit nipis dan sensitif kene betul2 cari produk yg sesuai, berlainan dgn lelaki, kalau sapu ape pun x kisah sgt sbb kulit jenis tebal so effect menjahanamkan kulit tu agak kuranglah kan.. tapi bila jerawat yg teruk dah hilang masalah lain plak timbul. parut jerawat yg sgt byk dan dalam. nak hilngkannye kene buat laser tapi mahal, nk murah sikit kene buat chemical peeling every month x pun buat treatment dermaroller+serum. kesemua treatment ni mcm haramjadah coz ended up akan habis riban2 jugak haha + takes time.. papepun jagalah pemakanan n byk minum air serta bersenam, insyaAllah one day semuanya akan baik dan kembali seperti sediakala =)

    Jom Terjah : Muslim Niaga : Platform Dropship Produk Islamik


    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih..macam awak cakap, nak buat laser mahal sangat so try makan collagen kot2 boleh cover kita punya lubang2 tu :) alhamdulillah memang ada kesan lepas pakai product atas tapi slowly tengah recovering insyaallah kot sembuh kulit ni nanti :)

      Delete
  2. huhu..cdihnyer..sy pn da mslh yg sma..JERAWAT..then da hilang dtg blk..hehe..sbbnya sma mcm awk..pki produk local ne..haish..nyesal..dlu time study 1st smester..jerawat mula dtg..slama ne x pena bjerwat..stat blaja je..tumbuh sgalanya..haha..then kwn sy suggest pki nivea combination skin tu..bab doc kulit dia syorkn..sy pn pki..ok tau..jrawat mula ilang..tgl parut jrawat jer x pndi ilang..hehe..sy teda pki krim apa2..just pki pncuci muka n toner nivea jer..tp stlah lma pki produk tu da xda..huhu..da tukar series yg baru..adeh..cdih..tp its ok..sbb lpas pki nivea n stop..jrawat x kluar mcm dlu..muka msih ok..pki pncuci apa2 pn ok jer..cma parut tu x ilang jer laa..TAPI..semuanya brubah sejak sy trpedaya dgn 1 produk local ne..mls nk mntion nmanya..produk ne ble putihkn muka..ilangkan jeragat parut semuanya tu..sy pn try ler..sbb nmpk kwn pki mmg jd..then pki la blm smpi sblan..sy brhenti..bb tbca yg produk ne da merkuri..pergh..lpas stop jer..mulalah kmbali msa cdih sy..jerawat brmaharaja lela..pa2 produk sy pki suma x jd..benciii..mmg sy sumpah2 produk tu..haha..now kulit sy msih jrawat..sy teda pki pencuci muka apa2..cci pki air paip jer..stop suma produk..muka da ok ckit..jrawat halus jer tmbuh..jrawat batu stakat ne blm ada..alhamdulilah..mls da pki produk pemutih mngarut tu..baik mkn buah n syur bnyk2..lg baik..hehehe..pjg pla komen..huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi! sori baru baca :) saya suka baca komen awak :)
      pakailah nivea tu terus sebab actually product Nivea takde paraben tau so bagus untuk kulit and dia takkan bagi effect for long term kat kulit...saya dah ada yang serasi tapi mungkin saya akan pakai cleanser nivea pasni.. btw pasal parut tu..saya pun ada jugak yang berlubang2...xhilang..sobbss...

      Delete
  3. Huhu thanks kak for sharing. Saya dah mampir terbeli produk2 mcm murah2 tuu. Nsb baik ade blog2 mcm akak ni sbg panduan. Yang peliknyaaa yang si penjual tu pun tak kesian ke kalau bnd2 ni semua jd kat dorang. Dorang keep menjual. Hmmm harap cerita akak ni jadi tauladan buat orang ramai included saya. Thanks again for your good sharing

    ReplyDelete
  4. Hi there i understand what u went thru. Been there once as well. My skin look as if it gt burned but alhamdulillah Allah Help me to cure it

    Honestly i dont believe in chemical product. Even baby powder have chemical tht can cause cancer so regardless if its approved or not i thk is still dangerous

    After what i went thru i stopped using all the product n only use organic stuff on my face

    Alhamdulillah my skin never been so healthier

    U may visit fb page- rahsia kulit lebih cantik dan sihat

    Almond treatz ( almond treatment)
    Contain
    Biji badam + tumeric+ sandalwood+ herbs

    U can use it for face n body
    u can even bath babies using thg

    If termakan pon ok

    Jz go n check it
    U may whatsapp@ 0102061085

    Say no to chemical

    Love
    Bibi

    ReplyDelete
  5. Same here. Just use argan oil whch is 6x better compare to olive n vco. Alhamdu
    illah ok. Sabun muka i use mh aromaterapi lavender. It takes me 2-3 months to recover

    ReplyDelete
  6. Hai akak.. hehe. Bila baca story akk, sy rasa like nak share ape yg sy pakai. Dulu masa sy f4 kulit sy sgt teruk. Parut all over the face lepastu ade lubang2. Malu ngan kwn2. Haha so i tried mcm2 product kat gurdian but effect sekejap je. Then teruk balik. Until i form 5, sy mula tgk2 produk yg herba punya. Like mz secret soap. Mula2 pakai okay. Bila pakai second time, xde effect sgt pun. So x pakai dah sbb susah since mz ni sabun buku. Bila dah xtau nak pakai face cleanser ape, so sy nekad why not test xyah pakai ape2 cleanser. But sy pakai krim herba kemboja and mkn buffered vit c blackmores + olicandy. jujur sy ckp, alhamdulillah after like 3 weeks parut dah kurg, lubang2 makin xnampak n kulit makin lembab. Sy dah second order yg krim herba kemboja tu n akan terus pakai. So nak recommend kat akk. Nnt akk try la google. Serious, best produk ever! ����

    ReplyDelete
  7. Sama la kita dik...haihh bca smpai Abes tau

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. hello dear,

    I baca komen u today in 2016, hopefully ur skin is getting much2 better lah ye, since dah lama kan? Whatever that u read regarding the chemicals is very true my dear. FYI I Mary Kay Consultant and for every consultant like us pun belajar pasal skin chemichals and how is the recovery process.

    Actually in any of local product you should be careful ye dear sebab mmg pun diorang akan jadikan customer as their R&D. And memang pun diorang xde R&D or probably buat tapi tak menyeluruh.So nnt if u ada masa try la google pasal Mary Kay because most of my customers adalah mereka yg pakai produk pengelupasan (local malaysia product) dah fedup ngan muka and nak recover secara alami with Mary Kay. Of course it takes time since Mary Kay its natural& botanical, but yes banyak yang dah sembuh :)

    If you need more info u can just text me thru my ig dream_grow_bloom or email me maszaidi86@gmail.com

    InsyaAllah u will never regret at all. :)

    ReplyDelete
  10. hello dear,

    I baca komen u today in 2016, hopefully ur skin is getting much2 better lah ye, since dah lama kan? Whatever that u read regarding the chemicals is very true my dear. FYI I Mary Kay Consultant and for every consultant like us pun belajar pasal skin chemichals and how is the recovery process.

    Actually in any of local product you should be careful ye dear sebab mmg pun diorang akan jadikan customer as their R&D. And memang pun diorang xde R&D or probably buat tapi tak menyeluruh.So nnt if u ada masa try la google pasal Mary Kay because most of my customers adalah mereka yg pakai produk pengelupasan (local malaysia product) dah fedup ngan muka and nak recover secara alami with Mary Kay. Of course it takes time since Mary Kay its natural& botanical, but yes banyak yang dah sembuh :)

    If you need more info u can just text me thru my ig dream_grow_bloom or email me maszaidi86@gmail.com

    InsyaAllah u will never regret at all. :)

    ReplyDelete
  11. sye un dulu ade jerawat . time darjah 6 dah nampak bebintek kt dahi . macam jerawat pasir . memule nmpk okay lah . masuk form 2 . allahu teruk nyah muke sye . smpai bnyk cikgu tegur napa muka jdi gitu . sye akn jawab semua persoalan dorg dgn jawapan "kene gigit semut cikgu" . dorg pun diam . hampir setiap ari menangis sbb tak tau cana nk ilangkan jerawat . menangis sgt teruk . padahal x pakai produk ape ape un . maybe sbb hormon bru nak kuar . last last . tabahkan hati . pakai masker kunyit buatan sendiri . bahan bahan serbuk kunyit adabi nak goreng ikan dgn ayam tu dan air suam . gaulkan sehingga jdi pes . kahkahkah . lumur kat muka setiap malam . dalam hati doa . harap berjaya . sebulan cuti skolah (disember) buat setiap malam . subuh bru cuci . and masa hari pertama bukak skolah . ya rabbi . ramai puji kulit licin n lawa sgt . 😄 . smpai skrg guna cara yg sama . n pakai garnier untuk pembersih muka je setiap hari .

    ReplyDelete
  12. try guna cara ni . yg penting banyakkan bersabar .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq zulaikha atas perkongsian. Ye saya pun ada buat camtu masa sekolah. memang menjadi sangat. sekrang je malas. hahaha...nak lagi umphh...campurkan kunyit dengan yogurt. serius terbaikk...

      Delete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. hii saya rasa kulit saya pun makin nipis. kulit mengelupas around bibir hari2 tak tahan, jerawat bawah kulit lah. tak sure punca dari mana tapi maybe sbb produk jugak sbb ada pakai serum ni tapi sekejap je. mula2 stop okey. pastu bila pakai balik then break out sangat. mcm mana perubahan kulit akak skrg? pls update sbb nak tahu. hee tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi aina...sorry tau saya jarang bukak blog. Nati akak update ye. dengan cara2 penjagaan sekali. tunggu ye ..terima kasih komen :)

      Delete
    2. saya pun nak update jugak kulit mengelupas area bibir tu sbb alergik dan saya pakai ubat HCort dapat dekat farmasi RM6 je. Tapi mmg dapat hilangkan kering tu. cuma kalau alergik tu datang semula, memang kena sapu balik. :)

      Delete