Tuesday, October 14, 2014

solat awal waktu

Salam alaykum…

Lamanya tak singgah sini. Rindu yang amat untuk menaip meluahkan semua tapi apakan daya, masa sangat takmengizinkan..okay sebenarnya tu alasan yang sangat poyo sebab hanya diri sendiri yang tahu betapa MALASnya nak menaip untuk post update terbaru. Haihh..
Lama jugak berfikir benda apa lagi yang saya nak cakap? Adalah dua tiga orang (tak ramai pun..hahaha) asyik bertanya bila mahu hidupkan blog ni lagi. So saya come up dengan idea baru, iatu ‘solat’
Haritu dalam kereta saya dengan sepupu ralit bercakap sampailah terkeluar isu ni. Saya sebenarnya jujur cakap, saya bukanlah seorang yang bertudung labuh mahupun berpurdah atau senang cakap punya ilmu agama yang cukup luas untuk berdebat hebat dalam perkara ni, tidak. Saya ni insan biasa yang labuh tudung pun cukup syarat je. Pakai baju lengan tu kadang2 terselak tanpa inner, stoking pun, kalau rajin pakai kalau tak…
Tapi saya amalkan satu benda, iatu AWALKAN SOLAT. Yang mana tak semua mampu ikut. Bukan nak riak atau apa, tak, jauh sekali. Cuma mahu kongsikan pengalaman. Pernah saya terbaca kat satu artikel ni, bilamana Allah dah lupa pada kita, sedikit de,I sedikit Dia turut tarik ingatan kita padaNya. Mahu ke kita camtu? Nauzubillah..
Ya, among us kadang kadang 24 jam pun masa rasa tak cukup sebab sibuk kejar urusan dunia. Mana nak siapkan kerja la, assignment, mesyuarat.. sampai 10 minit nak masuk waktu asar, kita baru terhegeh hegeh nak angkat takbir. Satu soalan saya , tak rasa bersalah ke?
“Eh, apa pulak, at least aku solat okay, aku tak ponteng”
Betul, tapi pernah tak anda terfikir, macam mana kalau anda mahu sangat2 sesuatu benda, so awak mintak, doa pada Allah. At the end Allah bagi. Tapi masa tu mungkin benda tu dah tak penting sangat pada awak tidak seperti masa awak perlukan sangat benda tu dulu. Eh, at least Allah bagi apa yang awak nak daripada tak dapat langsung. Apa perasaan awak? Faham tak kaitannya kat sini?
 Try, cuba… untuk awalkan solat. Susah macam mana pun, bila azan dah bunyi cuba angkat punggung tu pergi amek wuduk, lepas tu solat. Try istiqomah. Insyallah, saya tak tahu nak jamin dengan apa tapi apa yang mampu saya cakap, awak akan dapat satu perasaan puas. Serius. Masa awak tu akan rasa lagi panjang dari biasa.
Kalau biasa, awak solat zohor pukul 3.30 ptg. Dalam masa pukul 1.20(waktu zohor masuk) sampai masa tu, awak mesti rasa ada sesuatu tertinggal kan? Mesti nak buat kerja rasa macam tak sedap, rasa terhutang kan? Sebabnya satu, awak berhutang pada Allah. Cuba kalau awak terus solat. Kalau mengantuk sangat pun, contohnya waktu isyak. Pukul 8.30 tu awak dah mengantuk sangat, cuba tahan kejap je….lepas tu solat dulu. Jangka masa dari waktu zuhur untuk ke asar tu awak akan rasa lama sangat. Awak boleh buat macam2 kerja untuk sampai ke masa tu. Puas, tu maksud saya.
“Eh, aku tak rasa apa apa pun. Elok je aku solat lewat sikit sikit”
Hmm, cuba cek hati. Kalau bila kita dah buat sesuatu and tak rasa apa apa, cuba cek hati balik.
Saya takut untuk tidur sebelum solat, serius. Sebab saya takut, saya dah tak boleh bangun lepas tu. Andai kata masa saya tidur tu maut menjemput saya, maknanya saya akan pergi jumpa Allah dengan BERHUTANG. Dahla dosa sendiri banyak gila, tak tertanggung, eh…hutang dengan Allah lagi..

Jadi cuba, cuba jugak untuk solat awal waktu. Paksa diri tu, teghai istiqomah. insyaAllah, anda akan ketemu ketenangan yang dicari  mula mula memang susah tapi after some time korang akan rasa berat sangat kalau lambat solatJ

p/s: terasala next entry nak buat sal product skincare...dengan muka yang macam ni, hahahaha..maybe next time..ramai lagi yang layak ;)



No comments:

Post a Comment