Sunday, April 28, 2013

wordless sunday

assalamualaikum wbt..


sambil sambil layan celoteh aku ni korang dipersilakanlah pasang video tu..drama feveret aku time sekolah dulu. cite siam nama dia MAE AE CRYING...
actually nothing to say...dari biar berabuk bersarang semua aku rasa better aku updet sikit2 bia xdelah nampak aku ni pemalas sangant walaupun kebenaran nya camtulah...oppss...hakhakhak...walaupun aku syiok sendiri tulis apa yang aku suka and xde sorang pun baca post2 ni tapi....ikut suka ati akulah sebab ni post aku..haaahh!malam yang sunyi dan boring sebenarnya. ..aku rasa selain Allah, blog tempat terbaik untuk aku luahkan perasaan. kenapa?sebab nanti bila satu masa nanti bila aku dah lupa semuanya, bila Allah tarik nikmat ingatan memori aku, ruangan ini akan menceritakan semuanya. mulut manusia..sejauh mana sangatlah untuk menyampaikan satu kebenaran. at least bila kita tulis atas sesuatu dan simpan ngan elok, Insyaallah...memudahkan kita suatu hari nanti..kann..;)

aku jeles tengok blog adik aku nih..banyak gila idea dia.kreatif and rajin pulak dia search gambar2 cantik and sesuai untuk letak lam post dia. motif bila kita baca kita xboring la sebab ada gambar2 chumel..tapi aku?aahh..malaih den..

malam ni suppose aku study subjek pertanian or buat tutor strength paling koman bukak buku fluid mechanic tapi......................................................................
disinilah aku meluahkan rasa yang terpendam...ciewah...

pernah x korang rasa satu masa tu korang sangat2 xdiperlukan?walau sebaik mana pun kau mencuba but in the end, the result is still negative. orang sekeliling masih xdapat tima kau?apa yang kau ada masa tu hanyalah support family ngan Allah yang xputus putus mendengar celoteh korang yang kadang kala mengarut gila tu? sebab tu la...Allah, walau macam mana pun kita buat jahat, Allah bagi jugak peluang kat kita ni ruang nak buat baik. walau macam mana pun. seorang perogol, pencuri, pembunuh..semua orang akan kata dia jahat, dia akan masuk neraka..tapi Allah tahu semuanya tanpa judge dia macam mana yang kita selalu buat. kita xtau kalu kalu dia sebenarnya difitnah, atau pun dalam dia sentiasa mengharapkan keampunan Allah. dia nak berhenti..tapi dia xboleh..orang yang xpaham akan kata dia bagi alasan dan terus menerus menghina dan mengkritik....

persoalannya, apa kaitan ngan ayat aku yang first tadi tu?haha..melalut...
kadang kadang hidup atas bumi Allah ni buatkan aku terfikir untuk berhenti dari segalanya. bila terima sesuatu ujian yang pastinya aku boleh hadapi, aku seakan tidak kuat. tanpa berdepan dengan masalah tu sendiri aku dah jatuh dengan mengatakan aku xmampu. beginilah aku....

aku hidup teruskan perjuangan ni ditemani doa ibu dan berkat Allah..kawan?entahlah..sukar untuk meluahkan rasa...perasaan ni bercampur baur..kadang aku merasa seperti dipergunakan, kadang juga aku merasa diri ni ada bahu untuk melepaskan penat dunia. dan dengan cepat saja, bahu tu hilan pergi tanpa sempat aku menghilangkan rasa pahit kehidupan ni. mungkin erana personaliti, mungkin kerana sikap yang xdapat diterima, aku dijauhi bila tidak diingini. dan didekati bila dikehendakkan sesuatu..bukan lah tujuan aku untuk meminta simpati dengan penulisan ini..tidak!pengalaman mengajar aku untuk survive dalam keadaan macam ni....


well, berita gembira untukku...aku kini sudah melupakan Fareez sepenuhnya...apa yang ada antara kami hanyalah kenangan silam yang sentiasa disimpan rapi.dia sentiasa hidup subur jauh kedalam hati kerana akar nya cukup kuat untuk aku hapuskan jejaknya...hidup aku sekarang adalah bagaimana untuk aku survive dan teruskan usaha untuk mencapai impian aku..and plus...aku dah ada crush baru..haha..student batch aku tapi kos lain..yang penting aku suka dia sangat3!and aku bagi nama dia...LEI...kenapa?sebab dulu aku suka hero no dua dalam citer meteor garden and bila aku cuba fikir nama apa untuk diberi pada si dia, aku terbayang,,,,LEI.. ;)


No comments:

Post a Comment