Sunday, April 14, 2013

intai hati

Sekadar untuk perkongsian.

ALI seorang Muslim kecewa dengan Islam atas faktor keluarga & persekitaran yg tidak langsung mengamalkan Islam, bertekad utk murtad ke agama Kristian. Kemudian beliau cuba utk belajar Kristian dengan membaca AL-KITAB (bible Melayu yg kononnya digeruni ramai org Islam) yg terkandung perkataan Allah menggantikan GOD.

Selepas terbaca ayat2 dari AL-KITAB (Bible) di bawah, beliau tersentak, dan tak jadi meneruskan niat utk murtad. Beliau kini cuba utk mengenali Allah sebenar2nya seperti dalam AlQuran
_____________

* ‘Satu hari Yesus keluar ke pergunungan untuk bersembahyang, dan menghabiskan sepanjang malam sembahyang kepada Allah.’ (Lukas 6:12)
‘One of those days Jesus went out to a mountainside to pray, and spent the night praying to God.’ (Luke 6:12)

* ‘Allah yang disembah oleh Abraham, Ishak dan Yakub, Allah nenek moyang kita, telah memuliakan hamba-Nya, Yesus.’ (Kisah Rasul-Rasul 3:13)
‘The God of Abraham, Isaac and Jacob, the God of our fathers, has glorified his servant Jesus.’ (Acts 3:13)

* ‘Yesus dari Nazareth ialah seorang manusia lelaki yang di tugaskan oleh Allah kepada kamu dengan mukjizat, keajaiban dan alamat yang dilakukan oleh Allah di kalangan kamu melalui dia, sepertimana kamu sendiri ketahui.’ (Kisah Rasul-Rasul 2:22)
‘Jesus of Nazareth was a man accredited by God to you by miracles, wonders and signs, which God did among you through him, as you yourselves know.’ (Acts 2:22)

* ‘Dengarlah wahai (bangsa) Israel: Allah Tuhan kita, Tuhan kita satu.’ (Ulangan 6:4)
‘Hear, O Israel: The LORD our God, The LORD is one.’ (Deuteronomy 6:4)

* ‘ “Yang paling utama,” jawab Yesus, “ialah: ‘Dengarlah wahai (bangsa) Israel, Allah Tuhan kita, Tuhan kita satu.’ “ ‘ (Markus 12:29)
‘ “The most important one,” answered Jesus, “is this: ‘Hear O Israel, the Lord our God, the Lord is one.’ “ ‘ (Mark 12:29)

* ‘Engkaulah yang berkuasa dan melaksanakan jasa-jasa yang baik; hanya Engkaulah Allah.’(Mazmur 86:10)
‘For you are great and do marvelous deeds; you alone are God.’ (Psalm 86:10)

* ‘Akulah yang pertama dan Akulah yang terakhir;tidak ada Allah selain Aku.’ (Yesaya 44:6)
‘I am the first and I am the last; apart from me there is no God.’ (Isaiah 44:6)

* ‘Sesungguhnya Allah bersama kamu, dan tidak ada yang lain; tidak ada Allah yang lain.’ (Yesaya 45:14)
‘Surely God is with you, and there is no other; there is no other God.’ (Isaiah 45:14)

* ‘Ingatilah perkara yang berlalu, yang dahulu kala; Akulah Allah, dan tidak ada yang lain; Akulah Allah, dan tiada sesuatu pun yang serupa dengan Ku.’ (Yesaya 46:9)
‘Remember the former things, those of long ago; I am God, and there is no other; I am God, and there is none like me.’ (Isaiah 46:9)

* “Akulah Allah Tuhan kamu, yang membawa kamu keluar daripada Mesir, keluar daripada bumi hamba abdi. Kamu tidak boleh mempunyai Tuhan-Tuhan lain daripada Aku.” (Keluaran 20:2-3; Ulangan 5:6-7)
“I am the LORD your God, who brought you out of Egypt, out of the land of slavery. You shall have no other gods before me.” (Exodus 20:2-3; Deuteronomy 5:6-7)

* ‘Yesus berkata, “…dan beritahu mereka bahawa aku sedang kembali…kepada Allahku dan Allahmu.” ‘ (Yohanes 20:17)
‘Jesus said, “…and tell them, ‘I am returning…to my God and your God.” ‘(John 20:17)

* ‘Petrus menarik Yesus ke tepi dan mula menegur Dia, “Ya Tuhan, semoga Allah menjauhkan perkara itu daripada Tuhan! Perkara itu tidak boleh berlaku kepada Tuhan!” ‘ (Matius 16:22)
‘Peter took him (Jesus) aside and began to rebuke him. “Never, Lord!” he said. “This shall never happen to you!” ‘ (Matthew 16:22)

* ‘Pada detik yang kesembilan, Yesus menjerit dengan suara yang kuat, “Eli, Eli, lama
sabakhthani?” yang bermaksud, “Ya Allahku (ILLAHI), Ya Allahku (ILLAHI), kenapa Engkau meninggalkan Aku?” ‘ (Matius 27:46; Markus 15:34)
‘About the ninth hour Jesus cried out in a loud voice, “Eloi, Eloi, lama sabachthani?” – which means, “My God, my God, why have you forsaken me?” ‘ (Matthew 27:46; Mark 15:34)

* ‘Yesus berkata kepada kaum Yahudi, “…Sememangnya kamu sungguh-sungguh mahu membunuh aku, yang hanya seorang manusia lelaki yang telah menyampaikan kebenaran yang aku dengar daripada Allah kepada kamu…” ‘ (Yohanes 8:40)
‘Jesus said to the Jews, “…As it is, you are determined to kill me, a man who has told you the truth that I heard from God…” ‘ (John 8:40)

* ‘Yesus berdoa kepada Allah untuk dirinya dan berkata, “…Maka ini lah hidup yang kekal; agar mereka mengenali Mu, Hanyalah Allah Tuhan yang benar, dan Yesus Kristus yang di utuskan oleh Mu…”

‘ (Yohanes 17:3)
‘Jesus prayed to God for himself and said, “…Now this is eternal life; that they may know you, the only true God, and Jesus Christ, whom you have sent…” ‘ (John 17:3)

* ‘Kerana hanya ada satu Allah dan satu perantara diantara Allah dengan manusia, iaitu manusia lelaki bernama Yesus Kristus…’ (1 Timotius 2:5)
‘For there is one God and one mediator between God and men, the man Christ Jesus…’ (1 Timothy 2:5)

* ‘…Kita tahu bahawa berhala tidak ada gunanya di dunia dan sesungguhnya tiada Allah melainkan yang satu.’ (1 Korintus 8:4)
‘…We know that an idol is nothing at all in the world and that there is no God but one.’ (1 Corinthians 8:4)

* ‘Wahyu Yesus Kristus, yang disampaikan oleh Allah kepadanya…’ (Wahyu 1:1)
‘The revelation of Jesus Christ, which God gave him…’ (Revelation 1:1)

* ‘Yesus menjawab, “Berimanlah kepada Allah.” ‘ (Markus 11:22)
‘ “Have faith in God,” Jesus answered.’ (Mark 11:22)
__________________kredit kepada Ezry Fahmy

**Fakta: Kebanyakn kes murtad di Malaysia (kes Aisyah Bukhari, Siti Fatimah etc) berlaku BUKAN kerana selepas baca bible atau terminum holy water, tetapi kerana masalah family dan persekitaran yg TAK amalkan Islam . So apa yg kita takut sgt pada Bible dan Kristian?

**Jadi, apa yg rakan2 fikirkan selepas membaca ini?

kopispes dari sorang sahabat...

No comments:

Post a Comment