Thursday, March 14, 2013

Ujian Allah rahmat terbesar

assalamualaikum wbt..

semua orang pasti tidak akan terlepas dari masalah, sama ada yang dicipta sendiri mahupun datang secara tiba tiba, semasa kita tidak sedar akan itu...well, ini juga boleh dikatakan sebagai ujian Allah swt. mungkin kita terlalu leka, terlalu selesa dalam posisi masing masing hinggakan terlupa akan dunia yang sementara ni....masa ni datang nya Ujian dan Dugaan Allah pada kita untuk menguji dan mengukur sejauh mana ketakwaan dan ketaatan dalam menuruti perintahNya

aku juga begitu... mungkin terlalu lama aku berseronok dalam dunia yang dirasakan indah ni....aku leka..aku lupa..bahawa tanggungjawab aku di dunia ni untuk apa....


“Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka berubudiyah (beribadah) kepada-Ku (Allah)”.
                                                                    
                                                                                               surah Az Dzariyat ayat 56 [51:56]  

sampailah tiba pada masanya,, disaat aku menunggu nunggu akan tibanya berita baik itu,, datang ujian terbesar untukku..kenapa? apa salah aku? kenapa jadi camni? semua benda bermain dalam kepala aku...saat tu rasanya jika tida sedikit pun iman di dada, mungkin,,,aku telah amek tindakan paling bodoh di dunia...aku merasakan yang hidup ni dah x berguna...


semua yang aku usahakan tidak berhasil,, aku seperti salahkan takdir..aku dapat rasakan jalan aku gelap, kosong..tiada apa2 yang aku dapat lakukan melainkan menangis,,menangis...dan menangis lagi...merintih atas apa yang dah berlaku....

aku seperti hilang arah tujuan..kerap kali bertanya pada diri dan Allah..kenapa aku diuji sebegini??disaat aku nak mulakan hidup baru datangnya musibah yang bagi aku cukup besar. aku xmampu....aku lupa akan janji Allah,,

La Tahzan, Innallah ha Ma ana...

Allah tidak akan menguji di luar batasan hambanya

aku capai telefon disebelah, menaip mesej kepada murabbiah aku.. " tolonglah, rasa sesak sangat jiwa ni, hidup macam xbeerti, terlalu banyak dugaan yang menimpa tiba2..saya xmampu..serius xmampu sangat" ...kebetulan masa tu dia kat luar and xsempat jumpa aku..dia cuma berpesan istigfar banyak2 dan baca surah Muhammad.

A031

Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.

beberapa ketika kemudian diri ini tersedar kembali...astaghfirullah,, jauh benar aku tersasar dari jalan Mu ya Allah..seakan tidak redha akan ketentuan dan janjiNya.. aku fikir hati ini sudah cukup tabah untuk Islam namun ternyata, Allah xkan membiarkan umatNya mengaku beriman tanpa menurunkan ujian. walaupun ujian aku kali ni amatlah berat, tersangat berat...

aku fikir dengan keadaan macam ni sesiapa saja akan menghindari aku, dingin..tapi rupanya itu hanyalah anggapan skeptikal aku. ternyata, Allah bukak pintu hati kawan2 aku untuk terima aku seadanya. Alhamdulillah...

sekarang ni aku tengah berusah..berusaha agar dapat kembali kepada asal. untuk memulihkan keadaan. walaupun masa yang diberi agak lama, namun aku percaya masa ini untuk aku besedia dan terus tingkatkan usaha diri agar tidak lagi tersembam di jalanan. 

Manusia yang berjaya adalah manusia yang pernah gagal, Manusia yang gagal adalah manusia yang pernah berjaya.




No comments:

Post a Comment