Wednesday, February 6, 2013

resepi ayam crispy

assalamualaikum wbt..

hurm,, nak cakap apa eh? banyak benda nak story sebenarnya tapi... entahlah..kemalasan melampau menyebabkan semua benda yang aku nak tulis tertunda..dan2 time2 macam ni lah ujian datang bertimpa2...mula2 sakit jugaklah aku nak lalui semua ni, sampai satu tahap aku dah macam nak give up tapi alhamdulillah, Allah masih sayangkan aku, walaupun sampai skang kebanyakan masalah ni xjumpa jumpa lagi  jalan keluar tapi Allah bagi aku kelapangan hati untuk menerima semuanya dengan tawakal dan pasrah.

Tapi papepun masih lagi bersyukur sampai saat ni aku masih boleh menulis untuk tatapan readers yang datang visit sama ada memang dia sukakan penulisan aku mahupun sekadar datang singgah untuk mencari bahan yang diperlukan atau memnuhkan ilmu pengetahuan am masing2..

                         

terharu sangat tengok setiap hari ada jer yang datang jenguk blog ni..walaupun xseramai blogger lain, tapi aku eksaited..at least xde lah syok sendiri sangat....hehe.. insyaallah aku akn cuba improve lagi penulisan aku dari masa ke semasa..

BTW,, lupa..kat sini sebenarnya aku nak posting benda lain...hehe...kang ada yang tanya aku nape aku punyer tajuk lain,,isi lain. x..sama je. ni nak tulis la ni..

RESEPI AYAM CRISPY  


ayam ( kalu pandai deboned ayam lagi bagus...
*penggunaan ayam xkisah banyak mana pun

telur (untuk seekor, 3 biji dah cukup)

tepung goreng ayam ( aku pakai yang cap dari siam sebab lam tu dah ada rempah ratus yang diperlukan and rasa dia dh sebati sangat)

jintan putih / serbuk cili kalu nak suh pedas (banyak mana tu terpulang pada citarasa anda tapi aku xbubuh pun..)

serbuk roti..( haa,,kat sini aku nak tekankan,,pakai serbuk roti warna PUTIH yer kawan2..sebabnya, dia kalu warna oren tu bila kita goreng dia akan jadi terlebih coklat sampai nak2 hangus hanya nak tunggu isi kat dalam tu masak..so better pakai warna putih,,lepas goreng anda akan tau maksud aku)


cara cara

pecahkan telur, wat ala2 telur dadar..buh garam sikit..

campurkan tepung goreng ayam tu dalam telur yang kita pukul tadi..( nak senang sebenarnya )

lepas tu kita celup isi ayam tu dalam bancuhan tepung dan telur tadi,,celup2 sampai semua bahagian dah rata dengan mixture tu

lepas tu terus pindahkan ayam yang dicelup tu dalam serbuk roti yang kita sediakan dalam pinggan lain

golek2 isi ayam tu biar semua serbuk roti tu kena kat isi..kalu nak lagi crispy and sedap,, pastikan serbuk roti melekat tebal kat isi ayam kita tu

pastu goreng pakai minyak panas and penuh (tapi tinggi kolestrol and bazir minyak plak kalu penuh sangat,,nak jimat,,sedang2 je..tu style aku..hehee)

pastu goreng sampai garing and hidangkan!

               
    gambar ihsan gugel sebab skang ni aku pakai tepon yang xlayak bergelar tepon berkamera pon.. :'(


oke, kita ke resepi seterusnya

COLESLAW

ni pun resepi sendiri  mama jugak..angahyang xmakan sayur sangat pun puji sedap dari kfc punye..hahaha

kubis bulat

kubis perpel..(mahal, xbeli pun xpe)

carrot

mayonis

bawang merah

cara cara

parut kubis dengan carrot

mayang bawang merah halus2

campur semua dalam mayonis... done!



gambar yang juga ihsan gugel..

last resepi untuk hari ni

CHESSY WEDGES

untuk kentang, 

beli potato yang spesis US.nama saintifik dia russet potato.(kat tesco ada tapi cam mahal jugakla)
potato ni yang KFC selalu jual tu..bukan yang selalu kita beli buat masuk dalam kari eh..take note tao

tepung goreng ayam 

telur 

cara2..

rebus kentang dengan kulit dia sekali sampai empuk (nak cepat pakai presuree cooker..5 minit dah empuk )

pastu buat macam yang ayam goreng tadi



done!

untuk chessy tu aku cadangkan beli serbuk je senang sebab satu lagi jimat walaupun 100g tu lam RM 7 tapi satu sudu dah boleh buh air suam 2 sudu besar.. =)..kalu nak jgak resepi boleh xde masalah tapi aku mals nak tulis sebab panjang sangat dah ni pun..hahaha

then jadilah sepiring KFC yang agak lengkap..kurang mashed potato je slack kat situ..xpe, insyaallah ada masa aku post sebab hari tu dah buat cuma malas nak post..hehe..selamat mencuba semua
 =)

p/s : tips untuk bagi isi ayam lebih masak kat dalam,,bila kita goreng ayam tu,,atau pape jela,, kita tutup kuali dengan tutup periuk yang bertangkai..insyaallah makanan yang dimasak akan lebih empuk isi dalam dia.. =)

No comments:

Post a Comment