Monday, October 7, 2013

obsesi

salam alaykum!!

hari ni aku terpanggil untuk mencoret kisah OBSESI...apa itu obsesi hah?

 mengikut thefreedictionary :
1. Psychiatry motivated by a persistent overriding idea or impulse, often associated with anxiety and mental illness
2. continually preoccupied with a particular activity, person, or thing

manakala urbandictionary pula mendefinisikan sebagai 'In 'love' terms, Obsession is when you are trying to control someone that you think you are in love with. You get them or try to get them, to do what you want them to do. If you break up with them you get all angry and want to destroy their lives and hurt them (inside). This is true obsession. 

senang cakap, obsesi ni adalah satu kegilaaan manusia terhadap sesuatu perkara. perkara yang membuatkan mereka gagal megawal emosi dan memungkinkan mereka untuk bertindak lebih agresif sekiranya terganggu. ini yang aku faham laa...

                                     

tadi masa bertwitter, aku terkejut tengok ada sorang kawan ni post gambar yang bagi aku cukup2 GILA! serius!



aku yang melihat hanya mampu beristighfar sambil berdoa agar bukan seorang yang beragama ISLAM yang buat ni....mungkin ada antara korang akan cakap 
"ni lah masalanya ngan kpoppers" 
"kpoppers memang bo#%@!" dan blalallala..
eeehhh..nanti dulu...bawah ni pulak gambar peminat one direction...


(klik untuk gambar lebih besar)
so benda ni sebenarnya bukanlah dari sejenis peminat saja..ini yang dinamakan OBSESI...
bilamana tiada pegangan agama sebagai pendinding, langsung tidak ingat Tuhan...macam gambar ketiga ni, gambaq2 ni semuanya berasal dari orang yang sama. tengok betapa terdesaknya dia semata mata nak dapatkan perhatian daripada artis yang sememangnya xpernah tahu pun kewujudan dia..

aku xberani nak keluarkan mana2 statement mahupun hadis ataupun mana2 ayat Allah SWT untuk ini sebab aku takut tersalah bagi info..apa pun, cuma peringatan..cuba timbang balik setakat mana sebenarnya minat kita kat sesuatu benda tu? mungkin dalam kita tidak sedar, kita sebenarnya dah melampaui batasan kita dalam menyukai sesuatu.kita lebihkan sesuatu lebih dari Rasulullah SAW, lebih dari Allah SWT..nauzubillah..

mungkin kalian boleh kata...allaaaaaa...bukan orang kita, buat apa nak kisah. kita tak akan jadi camtu punyer.. 
sape cakap??
meh, aku nak kongsi satu citer...
hari tu masa aku lepak kat tempat kerja mak aku, ada cikgu ni tetibe bawak sorang budak ni jumpa mak aku...keadaan mula jadi kecoh jap lepas tahu apa yang berlaku...
rupanya budak tu..orang MELAYU...dia toreh  kat pergelangan tangan dia nama kekasih hati...mengucap mak aku tengok..mak aku cakap luka dia dalam..masa tu aku takdelah gi menyebok kat sana cuma aku macam ni je


surprisingly!! budak tu baru tingkatan SATU dan buah hati pengarang jantung dia tingkatan TIGA! masa tu sungguh, aku nak je gi kat sana aku nak 'kejutkan' dia dari dunia indanya tu..serius aku terkejut..
ni yang dinamakan OBSESI...OBSESI terhadap cinta..pada pandangan aku, orang sebegini masih tidak matang dan bila mereka mula terjebak, mereka tidak mampu kawal perasaan cinta itu..
mungkin kalian cakap..elleh,,macamla aku ni perfect sangat. ye, aku mengaku aku pun minat gila2 SHINEE..pernah kot satu tahap tu aku sampai hafal lagu setan dorang.suma pasal dorang aku amek athu..almost obsessive i think..tapi sampai satu masa tu aku tersedar, aku takut...aku dah rasakan aku ni dah melampaui batasa..so aku buang suma file2 SHINEE...sape yang ada tempat aku mesti paham cane perasaan aku masa tu..tapi sebab ketakutan yang amat, aku gagahkan diri buang jugak..and now, aku minat lagi SHINEE tapi skrang, aku mampu kawal perasaan dan emosi agar tidak keterlaluan...
entahlah..macam xde point je cite aku tapi sekadar menjdai pengajaran kat suma pembaca...tolonglaa...orang2 ISLAM..tidak salah berhibur..tapi pandai2 la timbang kewajipan anda sebagai MUSLIM dan duniawi..

p/s : aku bukan kpoppers,aku bukan shawol..aku hanya seorang hamba Allah yang penuh kekhilafan yang terjebak dengan cinta duniawi.....

Insyaallah..setakat ni cinta aku kat orang atas tak melebihi cinta aku kat Allah, Rasul dan family... (err..except dua dari kiri..aku xsuka dia..)