Thursday, June 13, 2013

nikah muda: tanggungjawab, fitrah atau ibadat?

assalamualaikum wbt...

mula mula ingatkan nak buat tajuk kahwin muda tapi ada kawan kata kahwin dengan nikah tu sebenarnya lain maksud dia..kalu ada yang faham maksud dia baguslah sebab aku malas nak definisikan kat sini...so buat keputusan pakai nama baru..nikah..:)

so...kenapa aku beria ia sangat nak citer sal kahwin nikah muda ni? ada yang kata dah nak kahwin sangat ke?aku pun hairan ngan diri ni..bersungguh sampai nak fikir tajuk pun post kat group fb...pastu tanggung malu sorang2 bila banyak kawan sendiri like post aku...*lari sambil tutup muka*

terlebih dahulu maaf jika coretan ni tidak memuaskan hati mana mana pihak dan tulisan ni hanyalah sekadar secebis pandangan aku yang masih mentah dalam ilmu Islam ni..:)

sebenarnya aku hairan..kenapa begitu banyak pasangan muda amek keputusan bernikah dalam usia yang cukup muda...bagi aku situasi ni bukanlah suatu keganjilan kerana saidatina Aisyah R.A sendiri bernikah dengan Rasulullah ketika kanak kanak...cuma situasi yang awkward bilamana hanya golongan yang dikatakan 'warak' mengambil langkah ni..lalu bagaimana pula dengan mereka yang seenaknya berpelukan di dalam panggung wayang dan tanpa rasa malu buat aksi xsenonoh depan orang ramai yang amek langkah mulia ni?
dah kau gatal sangat sentuh anak dara orang, ikutlah cara yang sah terus...pompuan pun sama..lemah sangat ngan ayat "kalu u sayang i, u tunjuk bukti cinta u"...Allah...

aku pernah tanya ada sorang kawan ni...kenapa dia sedap2 bagi boipren dia sentuh mana2 tempat yang jantan tu suka?xrasa bersalah ke kat mak ayah dia sendiri kalu dorang tao/like seriously bila aku tengok pasangan2 camni, aku cuma terbayangkan wajah mak bapak dorang je...aku sendiri xdapat bayangkan perasaan mama n abah kalu aku yang ada kat tempat dorang...punyalah bapak kita lindung kita masa kecik..nyamuk nak gigit pun mak ayah kita dah mengamuk..tapi bila besar,,apa kita buat? so aku nasihatla kat dia suh kahwin terus senang..xyah fikir cane nak teruskan hubungan tu ngan penuh dosa...nak tao dia cakap apa?

"aku bukan xnak kahwin lagi..dia pun sayangkan aku..tapi tulah, muda gila kot nak kahwin..lek ar dulu..banyak lagi masa nak fikir soal kahwin2 ni..banyak tanggungjawab dia tao x..blablabla..." dia persoalkan tentang TANGGUNGJAWAB....

aku xmampu nak cakap apa2 masa tu...kehilangan kata2 dengan perkataan tu...rasa nak tergelak pun ada...pandai cakap soal tanggungjawab tapi rela diri sendiri jadi camtu...aku sendiri pun xbaik..to be honest, aku dulu pun pernah terlibat ngan zina hati...couple2 ni..sebabnya hanya satu..dulu masa sekolah boleh kata semua kawan2 aku ada buah hati sendiri pastu kat sekolah sibuk dok tayang mesej2 cintun dorang..masa tu aku je yang single so rasa tercabar r...atau mungkin lebih patut aku katakan...perasaan ingin mencuba tu mendekat...so masa tu bermulalah cinta terlarang...

satu aku nak cakap..bila ko da terlibat dalam dunia couple ni..perkara paling susah kau nak tahan...NAFSU.  sekuat mana pun iman kau...NAFSU tu paling susah kau nak kawal..jangan cakap besar la..pengalaman sendiri menyatakan sukar..mungkin ada yang dapat menahan diri dari sentuhan kulit..tapi zina hati pula bagaimana?aku pun hampir2 sahaja terjebak dalam lembah hina ni..bayangkanlah gewe aku dulu tu future ustaz kot...amek ilmu agama tapi last2...kami hampir lakukan dosa besar..tapi Allah sayangkan kami, entah dimana silapnya hubungan ni xkemana..last2 putus camtu je..tanpa ada sebab...xsempat nak buat benda2 camtu...Alhamdulillah...

so nasihat kat sape2 yang xpernah lagi bercinta kat lua sana,,tolonglah jangan menjeleskan diri anda bila tengok couple2 ni...bila jaga diri dengan elok,,insyaAllah Allah pilih yang terbaik untuk anda..jangan risau...

so, soal tanggungjawab tadi....sebenarnya kita sendiri xkisahla muda atau tua..ada tanggungjawab masing masing...bagi pendapat aku, aku xsetuju dengan NIKAH MUDA. kenapa?sebab bagi aku, dibahu ni terletak begitu nayak beban tanggungjawab yang perlu aku pikul....aku anak sulung, kalu aku bernikah, macam mana aku nak balas jasa mak ayah aku, adik2 aku sape nak tanggung?xkan mak ayah nak tanggung lagi kot...banyak..banyak gila benda yang bermain dalam kepala ni...mungkin sebab tu jugak yang menutup hati ni untuk cinta  lelaki ajnabi...like seriously...aku pandang laki macam xde nafsu terhadap berlainan jantina langsung..(eh,,,SHINEE dikecualikan..ttheeheee..). senang nak cite, diri xsedia lagi nak tima tanggungjawab baru..and plus..trauma masa lalu masih ada..:)

bagi pasangan yang nikah muda ni, aku salute sangat! mereka mengambil jalan yang berani dan sanggup mengambil tanggungjawab ni dengan senang hati..jangan tidak tahu wahai wanita, tanggungjawab anda terhdap suami...sekiranya suami bernanah dan anda jilat nanah itu sekalipun, tanggungjawab tu xkan pernah cukup...jangan ingat kahwin ni nak sedap je..no..jangan buat camtu...lelaki, anda perlu ingat..anda perlu cukup matang....kerana tanggungjawab anda kepada ibu dan ayah masih ada...tunaikan keperluan mereka dahulu.itu yang terpenting...bagi perempuan...sekiranya anda mampu, jangan bila kahwin, tanggungjawab hanya untuk suami walaupun ti yang sepatutnya, tapi ingatla di rumah lama mu masih ada orang tua yang lemah dan mengharapkan anak2 mereka membantu ......tapi jangan risau, rezeki Allah ada dimana mana..teruskan niat murnimu jika itu yang terbaik..;)..lihat ayat dibawah

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui” [Surah an-Nur : 32]

lepas tu aku ada tanya beberapa sahabat tentang pendapat mereka sendiri tentang benda ni..ramai yang mengatakan perkahwinan itu adalah satu IBADAH....


“Sesiapa yang bernikah, maka ia telah melengkapkan separuh daripada agamanya. Dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya lagi” [HR at-Thabrani dan Hakim]
alhamdulillah sekiranya ada kalangan kawan kawan yang ingin bernikah di waktu muda...kebanyakkan juga ingin mengelakkan diri daripada maksiat dan zina hati..lagipun sudah menjadi FITRAH apabila lelaki bertemu dengan wanita lalu tertarik dan suka.....lebih indah jika diteruskan dengan niat mulia, iatu pernikahan.. :)

“Wahai para pemuda! Sesiapa diantara kalian mampu untuk berkahwin, maka nikahlah, kerana nikah itu lebih menundukan pandangan, dan lebih memelihara kemaluan. Dan sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia puasa, kerana puasa itu dapat membentengi dirinya”.
(Hadith Sahih Riwayat Bukhari, Muslim)

cuma kalau bolehla dinasihatkan agar jangan terlampau menayangkan kasih sayang dan nikmat nikah muda ni pada media sosial..bukan apa..banyak kebaikan dia..xdapat dinafikan...tapi sedar x sedar sikap ni sebenarnya dah tumbuhkan satu perasaan lagha dalma jiwa muda mudi...ramai perempuan dok post .."alahai, indahnya dunia jika dapat lelaki macam ni.." "aku nak kahwin muda" "sweetnya pasangan muda ni.." 

secara xlangsung jiwa remaja..jiwa adik adik kita jadi terbuai buai dengan perasaan indah ini..lalu mulalah pasang angan2..kalu pandai kawal xpe..masalahnya sekarang ni,,aku xtaolah nak jelaskan camna...tapi camni...korang sibuk dok post nak cari imam la...nak bina masjid la...tapi kat rumah tu ada je imam..5 waktu sehari sekali..xde pun korang nak ikut?ha! lelaki..sibuk nak bina masjid sendiri...masjid yang berapa tapak je dari rumah tu pergi x? ke jenguk masa hari jumaat je? xpun jejak dua tahun sekali? astaghfirullah..husnudzon miera..pembaca blog saya baik baik semuanya...alhamdulillah...tapi tu sebagai peringatan pada semuala...jangan hanya tahu membina angan2 sahaja..tunaikan dahulu yang depan mata...:)...sampai x maksud aku kat atas tu?

wahai pemilik hati sekalian...cinta itu sendiri adalah satu FITRAH dari Allah swt...Allah xpernah melarang hambaNya bercinta...semua orang berhak dapatkan nikmat cinta...jadi bercintalah anda...asalkan...tidak melepasi syariat Allah..xsalah nak sukakan seseorang..normal la tu...aku sendri pun gila bayang gak kat SHINEE members tapi pandai2la control emosi kita..jangan sampai sayang tu melebihi sayang kita pada Allah...nanti dikhuatiri Allah tarik balik sayang tu..xnak kan?

bagi sape2 nak nikah awal..tapi masalah kewangan...asalkan anda matang dan tahu tanggungjawab anda sebagai suami yang bukan sahaja tahu menunaikan nafkah batin....ini untuk anda...

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui” [Surah an-Nur : 32]

“Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka, dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya“. [HR Ahmad, Nasa'i, Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim]

jadi wahai sahabatku sekalian, jangan jadikan alasan miskin untuk anda melakukan maksiat dan xnak nikah..bernikahla...janganlah cari pompuan yang demand nak hantaran seploh rghibu..carilah yang sederhana...cantik sangat pun, nanti kita gak merana sebab dok tahan cemburu buta...kan? amalkan membaca ni 

" Rabbuna Yusahhil" [Semoga tidak ada kesulitan, ataupun Semoga dipermudahkan urusan]

lastly...wahai akhwat...Tweet agama sama sekali bukan tiket untuk 'beramah mesra' dengan mereka yang tak sejantina yang turut tweet tentang agama....jangan kerana seseorang itu post tentang agama maka anda dengan tidak segan silu merendahkan malu anda merapatkan jurang yang anda sendiri buat dengan ajnabi yang lain...mereka juga masih bergelar AJNABI...paham kan? :)

p/s: sorry kalu xsampai maksud yang cuba disampaikan....saya masih lagi rendah iman dari pembaca2 yang lain..maka kalian berhak kritik saya...setiap orang punya penyampaian yang berbeza..dan pendapat yang berbeza...