Sunday, April 28, 2013

wordless sunday

assalamualaikum wbt..


sambil sambil layan celoteh aku ni korang dipersilakanlah pasang video tu..drama feveret aku time sekolah dulu. cite siam nama dia MAE AE CRYING...
actually nothing to say...dari biar berabuk bersarang semua aku rasa better aku updet sikit2 bia xdelah nampak aku ni pemalas sangant walaupun kebenaran nya camtulah...oppss...hakhakhak...walaupun aku syiok sendiri tulis apa yang aku suka and xde sorang pun baca post2 ni tapi....ikut suka ati akulah sebab ni post aku..haaahh!malam yang sunyi dan boring sebenarnya. ..aku rasa selain Allah, blog tempat terbaik untuk aku luahkan perasaan. kenapa?sebab nanti bila satu masa nanti bila aku dah lupa semuanya, bila Allah tarik nikmat ingatan memori aku, ruangan ini akan menceritakan semuanya. mulut manusia..sejauh mana sangatlah untuk menyampaikan satu kebenaran. at least bila kita tulis atas sesuatu dan simpan ngan elok, Insyaallah...memudahkan kita suatu hari nanti..kann..;)

aku jeles tengok blog adik aku nih..banyak gila idea dia.kreatif and rajin pulak dia search gambar2 cantik and sesuai untuk letak lam post dia. motif bila kita baca kita xboring la sebab ada gambar2 chumel..tapi aku?aahh..malaih den..

malam ni suppose aku study subjek pertanian or buat tutor strength paling koman bukak buku fluid mechanic tapi......................................................................
disinilah aku meluahkan rasa yang terpendam...ciewah...

pernah x korang rasa satu masa tu korang sangat2 xdiperlukan?walau sebaik mana pun kau mencuba but in the end, the result is still negative. orang sekeliling masih xdapat tima kau?apa yang kau ada masa tu hanyalah support family ngan Allah yang xputus putus mendengar celoteh korang yang kadang kala mengarut gila tu? sebab tu la...Allah, walau macam mana pun kita buat jahat, Allah bagi jugak peluang kat kita ni ruang nak buat baik. walau macam mana pun. seorang perogol, pencuri, pembunuh..semua orang akan kata dia jahat, dia akan masuk neraka..tapi Allah tahu semuanya tanpa judge dia macam mana yang kita selalu buat. kita xtau kalu kalu dia sebenarnya difitnah, atau pun dalam dia sentiasa mengharapkan keampunan Allah. dia nak berhenti..tapi dia xboleh..orang yang xpaham akan kata dia bagi alasan dan terus menerus menghina dan mengkritik....

persoalannya, apa kaitan ngan ayat aku yang first tadi tu?haha..melalut...
kadang kadang hidup atas bumi Allah ni buatkan aku terfikir untuk berhenti dari segalanya. bila terima sesuatu ujian yang pastinya aku boleh hadapi, aku seakan tidak kuat. tanpa berdepan dengan masalah tu sendiri aku dah jatuh dengan mengatakan aku xmampu. beginilah aku....

aku hidup teruskan perjuangan ni ditemani doa ibu dan berkat Allah..kawan?entahlah..sukar untuk meluahkan rasa...perasaan ni bercampur baur..kadang aku merasa seperti dipergunakan, kadang juga aku merasa diri ni ada bahu untuk melepaskan penat dunia. dan dengan cepat saja, bahu tu hilan pergi tanpa sempat aku menghilangkan rasa pahit kehidupan ni. mungkin erana personaliti, mungkin kerana sikap yang xdapat diterima, aku dijauhi bila tidak diingini. dan didekati bila dikehendakkan sesuatu..bukan lah tujuan aku untuk meminta simpati dengan penulisan ini..tidak!pengalaman mengajar aku untuk survive dalam keadaan macam ni....


Sunday, April 14, 2013

intai hati

Sekadar untuk perkongsian.

ALI seorang Muslim kecewa dengan Islam atas faktor keluarga & persekitaran yg tidak langsung mengamalkan Islam, bertekad utk murtad ke agama Kristian. Kemudian beliau cuba utk belajar Kristian dengan membaca AL-KITAB (bible Melayu yg kononnya digeruni ramai org Islam) yg terkandung perkataan Allah menggantikan GOD.

Selepas terbaca ayat2 dari AL-KITAB (Bible) di bawah, beliau tersentak, dan tak jadi meneruskan niat utk murtad. Beliau kini cuba utk mengenali Allah sebenar2nya seperti dalam AlQuran
_____________

* ‘Satu hari Yesus keluar ke pergunungan untuk bersembahyang, dan menghabiskan sepanjang malam sembahyang kepada Allah.’ (Lukas 6:12)
‘One of those days Jesus went out to a mountainside to pray, and spent the night praying to God.’ (Luke 6:12)

* ‘Allah yang disembah oleh Abraham, Ishak dan Yakub, Allah nenek moyang kita, telah memuliakan hamba-Nya, Yesus.’ (Kisah Rasul-Rasul 3:13)
‘The God of Abraham, Isaac and Jacob, the God of our fathers, has glorified his servant Jesus.’ (Acts 3:13)

* ‘Yesus dari Nazareth ialah seorang manusia lelaki yang di tugaskan oleh Allah kepada kamu dengan mukjizat, keajaiban dan alamat yang dilakukan oleh Allah di kalangan kamu melalui dia, sepertimana kamu sendiri ketahui.’ (Kisah Rasul-Rasul 2:22)
‘Jesus of Nazareth was a man accredited by God to you by miracles, wonders and signs, which God did among you through him, as you yourselves know.’ (Acts 2:22)

* ‘Dengarlah wahai (bangsa) Israel: Allah Tuhan kita, Tuhan kita satu.’ (Ulangan 6:4)
‘Hear, O Israel: The LORD our God, The LORD is one.’ (Deuteronomy 6:4)

* ‘ “Yang paling utama,” jawab Yesus, “ialah: ‘Dengarlah wahai (bangsa) Israel, Allah Tuhan kita, Tuhan kita satu.’ “ ‘ (Markus 12:29)
‘ “The most important one,” answered Jesus, “is this: ‘Hear O Israel, the Lord our God, the Lord is one.’ “ ‘ (Mark 12:29)

* ‘Engkaulah yang berkuasa dan melaksanakan jasa-jasa yang baik; hanya Engkaulah Allah.’(Mazmur 86:10)
‘For you are great and do marvelous deeds; you alone are God.’ (Psalm 86:10)

* ‘Akulah yang pertama dan Akulah yang terakhir;tidak ada Allah selain Aku.’ (Yesaya 44:6)
‘I am the first and I am the last; apart from me there is no God.’ (Isaiah 44:6)

* ‘Sesungguhnya Allah bersama kamu, dan tidak ada yang lain; tidak ada Allah yang lain.’ (Yesaya 45:14)
‘Surely God is with you, and there is no other; there is no other God.’ (Isaiah 45:14)

* ‘Ingatilah perkara yang berlalu, yang dahulu kala; Akulah Allah, dan tidak ada yang lain; Akulah Allah, dan tiada sesuatu pun yang serupa dengan Ku.’ (Yesaya 46:9)
‘Remember the former things, those of long ago; I am God, and there is no other; I am God, and there is none like me.’ (Isaiah 46:9)

* “Akulah Allah Tuhan kamu, yang membawa kamu keluar daripada Mesir, keluar daripada bumi hamba abdi. Kamu tidak boleh mempunyai Tuhan-Tuhan lain daripada Aku.” (Keluaran 20:2-3; Ulangan 5:6-7)
“I am the LORD your God, who brought you out of Egypt, out of the land of slavery. You shall have no other gods before me.” (Exodus 20:2-3; Deuteronomy 5:6-7)

* ‘Yesus berkata, “…dan beritahu mereka bahawa aku sedang kembali…kepada Allahku dan Allahmu.” ‘ (Yohanes 20:17)
‘Jesus said, “…and tell them, ‘I am returning…to my God and your God.” ‘(John 20:17)

* ‘Petrus menarik Yesus ke tepi dan mula menegur Dia, “Ya Tuhan, semoga Allah menjauhkan perkara itu daripada Tuhan! Perkara itu tidak boleh berlaku kepada Tuhan!” ‘ (Matius 16:22)
‘Peter took him (Jesus) aside and began to rebuke him. “Never, Lord!” he said. “This shall never happen to you!” ‘ (Matthew 16:22)

* ‘Pada detik yang kesembilan, Yesus menjerit dengan suara yang kuat, “Eli, Eli, lama
sabakhthani?” yang bermaksud, “Ya Allahku (ILLAHI), Ya Allahku (ILLAHI), kenapa Engkau meninggalkan Aku?” ‘ (Matius 27:46; Markus 15:34)
‘About the ninth hour Jesus cried out in a loud voice, “Eloi, Eloi, lama sabachthani?” – which means, “My God, my God, why have you forsaken me?” ‘ (Matthew 27:46; Mark 15:34)

* ‘Yesus berkata kepada kaum Yahudi, “…Sememangnya kamu sungguh-sungguh mahu membunuh aku, yang hanya seorang manusia lelaki yang telah menyampaikan kebenaran yang aku dengar daripada Allah kepada kamu…” ‘ (Yohanes 8:40)
‘Jesus said to the Jews, “…As it is, you are determined to kill me, a man who has told you the truth that I heard from God…” ‘ (John 8:40)

* ‘Yesus berdoa kepada Allah untuk dirinya dan berkata, “…Maka ini lah hidup yang kekal; agar mereka mengenali Mu, Hanyalah Allah Tuhan yang benar, dan Yesus Kristus yang di utuskan oleh Mu…”

‘ (Yohanes 17:3)
‘Jesus prayed to God for himself and said, “…Now this is eternal life; that they may know you, the only true God, and Jesus Christ, whom you have sent…” ‘ (John 17:3)

* ‘Kerana hanya ada satu Allah dan satu perantara diantara Allah dengan manusia, iaitu manusia lelaki bernama Yesus Kristus…’ (1 Timotius 2:5)
‘For there is one God and one mediator between God and men, the man Christ Jesus…’ (1 Timothy 2:5)

* ‘…Kita tahu bahawa berhala tidak ada gunanya di dunia dan sesungguhnya tiada Allah melainkan yang satu.’ (1 Korintus 8:4)
‘…We know that an idol is nothing at all in the world and that there is no God but one.’ (1 Corinthians 8:4)

* ‘Wahyu Yesus Kristus, yang disampaikan oleh Allah kepadanya…’ (Wahyu 1:1)
‘The revelation of Jesus Christ, which God gave him…’ (Revelation 1:1)

* ‘Yesus menjawab, “Berimanlah kepada Allah.” ‘ (Markus 11:22)
‘ “Have faith in God,” Jesus answered.’ (Mark 11:22)
__________________kredit kepada Ezry Fahmy

**Fakta: Kebanyakn kes murtad di Malaysia (kes Aisyah Bukhari, Siti Fatimah etc) berlaku BUKAN kerana selepas baca bible atau terminum holy water, tetapi kerana masalah family dan persekitaran yg TAK amalkan Islam . So apa yg kita takut sgt pada Bible dan Kristian?

**Jadi, apa yg rakan2 fikirkan selepas membaca ini?

kopispes dari sorang sahabat...

kenangan seindah mimpi

Well I wonder could it be
When I was dreaming 'bout you baby
You were dreaming of me
Call me crazy call me blind
To still be suffering is stupid after all of this time

Did I lose my love to someone better
And does she love you like I do
I do you know I really really do

 Well hey
So much I need to say
Been lonely since the day
The day you went away
So sad but true
For me there's only you
Been crying since the day
The day you went away

I remember date and time
September twenty second
Twenty five after nine
In the doorway with your case
No longer shouting at each other
There were tears on our faces

And we were letting go of something special
Something we'll never have again
I know, I guess I really really know

The day you went away
The day you went away

Why do we never know what we've got 'till it's gone
How could I carry on
The day you went away
'Cause I've been missing you so much I have to say
Been crying since the day
The day you went away

The day you went away

salam alaykum...


esok genaplah dua tahun peristiwa tu berlaku....seriously akal ni selalu berperang dengam hati..akal seringkali ingin menepis semua perasaan itu tapi kenapa hati ni terlalu degil untuk berbuat sedemikian? sadisnya...diri ni seringkali tidak mampui melwan kehendak hati..mengingati dirinya..yang biasanya akan diiringi de3ngan genangan air mata....16 Aprl 2011...masa tu dia dah lepaskan semuanya ikatan hanya untuk menjaga hati kekasih hatinya...aku tertanya tanya..bilakah hati ni mapu melupakan dia sepenuhnya?walaupun dipaksa hati ni untuk beralih arah pada orang lain, tapi kenangan dia selalu menolak rasa sayang itu....sehingga aku buat keputusan untuk buang semua ikatan yang xpatut antara aku denganb bukan mahramn...dah tiba masa untuk aku berubah...aku WAJIB berubah...mungkin ni jugak hikmah dia tinggalkan aku...biarlah masa ni aku terus hidup dalam kenangan dia..
sampailah suatu masa nanti.....bila ada seseorang yang betul2 ikhlas untuk jadikan aku sebagai penemannya di jannah Allah SWT nanti...
sampai bila bila pun aku perlu pegang hakikat ni..antara aku dan dia tida ruang uintuk bersama kembali...xmungkin dia akan jeling aku lagi...


KENANGAN itu....umpama mimpi yang seringkali dibuat buat oleh syaitan untuk terus mengkhayalkan kita dalam kehidupan...dan sadis...aku sering jatuh dalam mainan iblis laknatulaah ni..dan yang pastinya sekarang nisyaitan tengah menari nari meraikan kejatuhan aku....


ASTAGHFIRULLAH....


dah masuk 21 ni aku rasa dugaan dunia makin kuat....nampaknya kenalah aku pakai shield..dan pastinya shield tu datangnya dari Allah SWT....amal ibadat yang bertambah..insyaallah...