Monday, January 21, 2013

penyakit kucing sawan


assalamualaikum wbt..

Disini ada 1 perkara yang ingin dihebahkan buat pengetahuan semua, juga sebagai panduan bagi yang menyayangi kucing peliharaan anda. Antara sebab yang menimbulkan kemurungan dan keadaan yang kelihatan “sakit” bagi seseekor kucing adalah disebabkan oleh demam, iaitu suhu badan yang melebihi dari suhu biasa bagi seekor kucing yang sihat.

Antara suhu yang dikategorikan Demam tersebut adalah diantara 35′C – 38′C…. ( Mungkin yang pakar boleh menerangkan lagi )Namun begitu…ada sesetengah kucing ini mengalami demam pada suhu yang melampau….seperti 38′C hingga 45′C…..dan ini diistilahkan sebagai demam panas yang jarang berlaku kepada kucing. namun begitu, jika dikesan lebih awal ia dapat diselamatkan dgn pelbagai kaedah. malahada diantaranya yang mengalami penyakit “sawan” seperti mana yang dialami manusia.

Pada tahap tersebut….kucing biasanya sudah tidak mampu mengawal fikiran dan tidak lagi mampu mengawal pergerakan badan yang mana akan menyebabkan system perkumuhan dan pernafasan turut terjejas. Atau dengan lebih tepat lagi….degupan jantung mereka akan berhenti pada bila2 masa dan menyebabkan kematian yang mengejut. ( ini biasa terjadi pada kucing yang hyperactive dan yang mengalami gejala spt yang disebutkan )

Antara gejala awal :

1. Kemurungan
2. Kelihatan pasif
3. Suka menyendiri
4. Mendiamkan diri ditempat yang sejuk spt bilik air, lantai bersimen, ruang tersorok dll.
5. Duduk dan melipatkan tangan kearah dada dan menegakkan kepala dengan mata yang tertutup.
6. Kencing yang berwarna kekuningan lebih dari kencing yang biasa…juga najis yang cair dan berbau..
7. Sememangnya kelihatan sakit. ( Keadaan yang lain dari hari2 biasa yang anda kenali terhadap kucing peliharaan anda )


Antara Sebab / Punca :

1. Hyper active dalam usia yang terlalu muda.

2. Makan yang berlebihan. Kurang air dalam badan

3. Gejala kecil yang bermula seperti selsema dan bersin yang kerap

4. persekitaran yang kotor ( terutama bagi yang pernah mengalami masalah kutu sebelunnya )

5. Multivitamin yang berlebihan ( ia bertindak seakan fungsi steriod kepada manusia )nota : mulltivitamin akan meningkatkan suhu mereka!!( jadi ia sama sekali tidak sesuai diberi ketika kucing sedang mengalami selsema atau kepanasan )

6. Gejala terlalu kerap dimandikan ( terutama yang menggunakan air paip shj. )

7. mengalami tekanan akibat perubahan tempat, makanan, pertukaran tuan baru dan juga persekitaran. ( kerana kucing sangat sensitif )

credit : iluvislam  <---- klik

p/s : aku straight copy dari atas tu...jangan jadi cam aku sudahlah...dah mati baru sibuk nak cari punca dan sebab..and btw..punca Lola pergi memang seperti yang tertera di atas..so beware!!jaga kucing anda suma leklok... FYI,,sawan xkan ada ubatnya..(buat masa skang la)

pergimu tidak akan kembali

salam alaykum..

masih lagi dalam keadaan bersedih dan separuh sedar...LOLA si kucing kesayang yang baru je ber umur 5 bulan dah pergi meninggalkan kami...terlalu cepat pemergiannya,,sedang kami semua sedang lena dalam tidur,,Lola menanggung derita kesakitan,,dan akhirnya pagi itu dia tewas dalam melawan kesakitan....pagi tu mama terkejut tengok banyak najis Lola kat tempat lepak dia yang biasa..mama kejut aku,mama kata Lola da start buat perangai balik sebab sebelum ni dia memang diajar 'membuang' dalam tandas..tapi pagi tu macam pelik..mungkin dia xsempat kot...pastu kat tepi mesin basuh lagi,,dalam rumah dia lagi...aku cuba cari Lola,,panggil2 nama dia..sampai ke tingkat atas aku cari dia walau tao dia xmungkin ada sebab dia xpernah naik atas..pastu semua orang try cari dia sampailah  Abby (adik bongsu) jumpa dia bawah almari lama yang memang tersorok gila tempat tu...xpernah2 dia masuk situ...adik aku try panggil dia tapi xmenyahut pun..pagi tu dalam 5.30 pagi..aku masuk bilik air nak mandi then bila aku kuar,,Abby dah kuarkan dia..k.chik kata Abby tarik kaki dia sebab nampak dia ngah baring..pastu Lola menggelupur jap...kitorang da panik gila..mata dia sikit je lagi macam nak tutup..tapi dia tetap pandang kitorang macam nak bagitau dia tengah sakit sangat2...

kejap2 kepala dia macam berpusing keatas,,aku bimbang tengkuk dia boleh patah...aku suh Abby betulkan tapi dia tetap macam tu..kami cuba gerak2 kan tubuh dia tapi xde respons..Abby da start menangis awal2 lagi bila tarik dia kuar tu..Mama kata kena bawak dia pergi vet la..mula2 nampak dia nganga mulut macam nak mengiau tapi xkuar suara. lidah terjelir2...kami bungkus dia ngan selimut sebab ingat dia sejuk..Mama kata dia sawan tu...kami xboleh buat apa2 dah masa tu..badan dia lemah gila..pagi tu lain dari kebiasaannya,,bila dia langsung xmengiau untuk makan..sebab pagi tu masa makan dia selalunya..lepas siap2 nak hantar adik2 ke sekolah..mama punch kad kat pejabat then aku dok lam keta jaga Lola...serius masa tu aku xsanggup nak tengok dia..bukan jijik,,bukan geli..tapi aku takut. aku xsanggup...keadaan Lola dah teruk sangat2.. dalam 8.05 am Mama bawak g vet..suppose vet bukak pukul 8.30 am tapi bila HA tengok Lola da teruk dia suh bawak masuk je tanpa daftar apa2...

letak je Lola dalam tray pesakit tu,,mata Lola da pejam...doc tanya detail2 nape dia jadi camni n sumer2 tapi aku biar mama je jawab...pastu doc nkuar masuk bilik tu..aku ngan mama cuba main2 ngan Lola tapi dia nampak lemah sangat smapai bila aku angkat kaki depan tu dia jatuh ngan sendiri..masa tu air mata aku da start terburai dah...Doc pulak cakap keadaan  Lola dah serius..dia sendiri xmampu nak buat apa2..Lola tersentak sentak...masa tu aku dah xmampu nak kawal tangisan ...aku kuar bilik rawatan tu tapi air mata ni macam susah sangat nak berhenti..aku cuba pujuk hati cakap xde apa2 akan berlaku..Lola akan sihat balik..pastu Mama dok sebelah aku..Mama kata Doc tengah cuba sedaya upaya..tapi skang ni memang musim kucing sakit..dah banyak sangat kes macam ni and lastly kucing tu akan mati jugak..bukan sebab makanan,,bukan sebab penjagaan,,kami dah cuba yang terbaik untuk jaga dia..tapi Allah lebih Berkuasa atas segala galanya,,Doc panggil mama masuk bilik rawatan...aku xbape jelas apa doc kata tapi perkataan yang last sekali tu aku dengar doc cakap,,SAYA MINTA MAAF...masa tu hanya Allah yang tahu perasaan aku...mama kuarkan bakul Lola..mama geleng kepala kat aku..hancur..sebak..sesak segalanya bercampur...mama suh bawak Lola balik..mama kata Lola kena penyakit SAFFA (aku xtao nak eja camna) yang mana tiada ubat untuk penyakit ni...doc sebenarnya nak tebuk perut Lola sebab perut dia buncit sangat xtao kenapa..nak kata sebab makanan,,kenapa dia xgemuk?tapi dia BUNCIT??angin ke?xtaolah..tapi masa doc nak bius,,Lola dah lembik..doc xmampu n xsanggu nak sakitkan tubuh dia lagi sebab even dia kena operate,,kemungkinan sembuh 50 -50..so mama kata bia la Lola balik..dalam kereta aku xberhenti menangis..mana x nya,,mata Lola xputus2 pandang aku..seolah olah nak ucapkan selamat tinggal. meraung sekalipun bagaikan tiada gunanya...mama simpan Lola kat rumah mak cik dulu sebab memang nak tanam kat sana..mama kata Lola dah xde..tapi kenapa hati aku kuat katakan Lola masih hidup?mata dia masih lagi memandang aku?walaupun tubuhnya sejuk,,tapi dia masih lembik..xkeras kejung macam jasad yang tiada roh?

mama tanya samada nak kebumikan dia skang atau x..aku cakap tunggu dulu..pak cik aku nampak then dia tanya hal sebenar.. 9.30 a.m...mama kena masuk kerja..aku ikut mama sebab aku xsanggup tengok jasad yang hanya tinggal sebahgian roh saja lagi...aku xmampu nak lihat penderitaan nya..dada aku turut merasa akan pedinhya...kol 10. 30 am...pak cik aku tepon..dia kata dia dah kebumikan Lola...lagilah aku meraung...LOLA XMATI LAGI! mama suh aku istigfar banyak2..mama kata Lola dah xde since kat vet lagi...aku cam susah gila nak percaya..tolonglah..tapi aku xleh buat apa2... INNALILLAHWAINNAHIRRAJIUN...

kitorang suma menangis...berakhirlah riwayat hidup seekor kucing yang selama ni menjadi penyeri kehidupan kami..tempat kami berkongsi makanan,,tempat kami buat bantal peluk...

balik rumah je aku cam ternampak bayangan dia kat mana2..bau dia masih segar..tapi sebab stress and penat otak yang amat,,aku tidur...bangun2 je aku cam lupa Lola dah xde..aku cari2 dia sampai Abby kata Lola dah pergi...sekali lagi kami menangis...

aku tao Lola dah sampai kat Allah..Lola dah xsakit lagi disana..Lola sedang bermain ngan riang di sana..apa yang mampu kami lakukan,,hanyalah berdoa pada Allah swt sebab hanya Allah yang menjadi perantara antara kami dan dia...segala apa yang kami ingin katakan pada Lola,,kami doa pada Allah minta disampaikan pesanan...

semalam k.chik mimpi...Lola ucapkan selamat tinggal..aku xtao tu setakat mainan syaitan atau apa..tapi aku bahagia sangat..bahagia sebab aku rasa seolah2 Lola sentiasa perhatikan kami..Lola tao rindu kami kepadanya..

insyaallah..kami akan berjumpa di SANA kelak..masa tu xkan ada erti kematian lagi...xkan ada erti perpisahan lagi...insyallah..