Tuesday, January 3, 2012

contest blog paling chomel!!

naahhh...tu dia tajuk entry kiter kali ni...padahal baru je aku updet citer baru skang ni plak aku nak join contest comel ni...harap2 dapatlah rezeki aku menang alhamdulillah la...
contest ni akan berakhir pada 9 januari ni(aku lambat tao derr..)
tuan punyer belog yang wat contest ni nama dia anis sungguh chomel belog beliau (tetibe je rendah diri tengok belog sendirik...) haha...anyway..syarat dia cakap kena tag kawan...so aku tag sekarang...
hurm..aku pilih
 besfren aku masa sekolah dulu...


NOR KHALILAH KAMARUZAMAN


dan jugak

  NURUL FAZEATY


hehe....hope sangat dapat menang...(cam pervert je aku ni...kuang3)

Sunday, January 1, 2012

kisah si kecil bara'ah...

kenalkah anda dengan si kecil ni?


siapalah si kecil ini untuk dipandang dan diidolakan jika hendak dibandingkan dengan gadis seusianya yang sangat anda kenali seperti ini



atau ini



jujur aku katakan aku xkenal pun dua orang yang kat atas ni...show dorang aku xpernah tengok langsung...tapi gadis yang pertama di atas itulah bar'ah. si kecil yang dari usia sepuluh tahun mampu menghafaz  al Quran dengan bacaan tajwid yang sempurna...ya,sukar untuk kita cari orang seumpanya di sini....kisahnye juga begitu tragis sehinggakan hampir mengalir air mataku apabila membaca kisah hidupnya..
sebelum korang skroll kebawah untuk teruskan pembacaan...aku nak korang suma pasang video ni dulu dan dengar betol2 suara si kecil yang bernama Bara'ah ni..


untuk pengetahuan korang suma..surah yang dibacakan adalah surah Abasa...da dengar da?amacam?boleh ke kita dengar sore pengajian yang begitu indah dari adik2 ataupun anak2 kita?sesungguhnya aku malu ngan diri aku sendiri bila dengar bacaan dia...malah seorang ustaz menangis apabila diperdengarkan suara si gadis ini...si kecil ini cukup tabah dalam dugaan yang maha hebat yang melandanya...aku sendiri xtao jika aku mampu berada ditempat si gadis ni.

al kisahnya...
sepasang suami isteri berpindah dari mesir ke tanah arab saudi dengan anak mereka yang berumur 10 tahun dengan tujuan mencari kehidupan yang lebih baik. kedua duanya adalah doktor.pada usia 10 tahun anak perempuan mereka sudah mampu mengahafaz al Quran dengan tajwid yang sempurna. sehinggakan para guru  menyarankan agar anak mereka dihantar ke sekolah tinggi bukan di sekolah rendah biasa dek kerana kecerdasan akalnya. jika dilihat keluarga ini adalah keluarga kecil yang bahagia dimana mereka mengamalkan ajaran islam dalam kehidupan seharian mereka.mereka mengamalkan 'amar makruf nahi mungkar' dalm kehidupan seharian mereka.

pada suatu hari si ibu mula rasa kesakitan yang amat pada anggota badannya.apabila di cek di hospital beliau didapati positif kanser . malangnye tumor yang merebak sudah ke peringkat akhir dan para doktor tidak mampu berbuat apa2 lagi. si ibu lalu berpesan pada anak gadisnya "wahai anakku Bara'ah..ibu akan mendahului kamu untuk ke syurga. namun ibu mahukan kamu anakku untuk terus membaca dan menghafaz al Quran kerana al Quranlah yang akan melindungi kamu sampai bila bila"

dalam pada usianya yang kecil itu sudah tentulah beliau tidak faham akan kata2 ibunya namun dia mula dapat rasakan perubahan yang dialami oleh ibunya..sementelahan ibunya telah dipindahkan ke hospital. setiap hari selepas sekolah beliau akan menemani ibunya di hospital sambil membacakan al Quran untuk ibunya sehinggalah waktu petang sesudah bapanya pulang dari kerja barulah beliau pulang sekali.

keadaan ini berterusan sehinggalah pada suatu hari si bapa menerima panggilan dari hospital berkenaan keadaan isterinya yang nazak dan memaksa si bapa untuk segera mengambil Bara'ah dari sekolah dan terus ke hospital dengan segera. sesampai sahaja di hospital si ayah menyuruh si anak untuk tinggal di dalam kereta sementara si ayah naik untuk melihat keadaan si ibu. beliau berbuat demikian untuk mengelakkan anaknya dari terkejut sekiranya ibunya disahkan meninggal dunia.

dengan air mata yang berlinangan si ayah menyeberangi jalan raya untuk naik ke wad namun malangnya sebuah kereta yang memecut laju telah melanggar si bapa. bapa Bara'ah meninggal dihadapan mata Bara'ah sendiri. kematian bapanya tidak dikhabrkan kepada ibunya sehinggalah lima hari kemudiaan si ibu pula meninggal dunia meninggalkan Bara'ah keseorangan di dunia ini. kawan2 ibubapanya bersetuju untuk menghantar Bara'ah kembali ke mesir untuk dijaga oleh saudar maranya.

tidak lama kemudian Bara'ah mula rasakan kesakitan yang sama dialami ibunya. apabila didiagnosiskan, Bara'ah positif kanser otak. apabila dikhabarkan kepadanya, beliau mengatakan.......
"Alhamdulillah...akhirnya saya boleh menemui kedua ibu bapa saya kembali"

dan sekarang....Bara'ah pergi meninggalkan kita semua untuk berjumpa dengan kedua ibu bapanya...
al Fatihah untuk arwah Bara' ah....

p/s :akusebakgilerbacakisaharwahsemogakitadapatmengambiliktibardarikisahhidupnyasesungguhnyasetiapyangdatangakanpergi......innalillahwainnahirojiunn...